Waaaaa…

Teriakannya begitu kuat. Nyaring.

Makin lama makin kuat, sampailah si bayi kepenatan, terlena sekejap.

Terjaga kembali, bunyi teriakan bergema semula.

Begitulah awal – awal bulan kelahiran bayi pasti tak senang duduk rehat si ibu dan ayah. Bayi menangis tak tahu punca. Buntu ibu dan ayah mencari jalan penyelesaian. Lagi – lagi ibu ayah yang baru pertama kali menimang cahaya mata.

Sebenarnya situasi ini normal dan kerap terjadi pada fasa awal kelahiran bayi. Hal ini disebabkan badan bayi sedang beradaptasi dengan ruang dunia baru yang berbeza dengan alam rahim.

Menjadi Ibu Bapa yang bijak

Jika bayi anda kuat meragam dan sukar berhenti menangis dan anda merasakan seolah – olah anda akan kehilangan bayi anda (overrr sangat), lebih baik anda ambil tahu  beberapa cara menenangkan bayi yang boleh dicuba kepada bayi anda.

Inilah 10 cara tenangkan bayi yang boleh anda cuba!

1. Bedungkan (Swaddling)

Bayi kita kadang – kadang nak beritahu yang mereka tak boleh move on lagi daripada dunia dalam rahim. Membedungkan bayi adalah satu cara untuk memberikan kententeraman dalam diri mereka. Walaupun ada sesetengah bayi yang akan meronta- ronta apabila dibedung, tricknya ialah teruskan pergerakan selepas membedung mereka seperti mendodoikan atau menghayun perlahan untuk membuatkan mereka lebih selesa dan kemudian terlena.

2. Senaman kayuh kaki

Cuba baringkan bayi anda di atas tilam yang rata. Kemudian, mula gerakkan betisnya secara bergilir – gilir seolah – olah bayi anda mengayuh basikal. Buat beberapa kali dan berulang – ulang. Jangan terkejut jika tiba – tiba bayi anda terkentut di depan anda. Senaman ini membantu mengeluarkan angin pada perut bayi dan membantu proses pencernaan bayi.

3. Urutan bayi

Seperti mana orang dewasa, urutan mampu tenangkan bayi kita. Cuba ikuti teknik urutan bayi ini untuk memberikan kelegaan terutama kepada perut bayi. Disyorkan juga ibu bapa menggunakan minyak atau balm bayi untuk memberikan lebih ketenangan. Pastikan minyak yang digunakan kepada bayi tidak panas kerana kulit bayi sangat sensitif.

4. Shuuuushhh

Gunakan bunyi yang bising untuk tenangkan bayi anda. Contohnya bunyi blender atau mesin vacuum anda. Pelik kan? Tetapi anda akan terkejut dengan hasilnya. Bayi anda akan berhenti menangis. Ini kerana rahim ibu sebenarnya amat bising dengan pelbagai bunyi dan bukanlah senyap. Jika anda ada banyak ‘free space’ di dalam telefon bimbit anda, cuba anda muat turun aplikasi ‘white noise’ dan mainkan ia untuk tenangkan bayi anda.

 Jangan tersilap. Bunyi yang kita klasifikasikan sebagai bunyi ketenangan seperti bunyi air terjun atau lullaby sebenarnya akan membuatkan bayi anda bertambah meragam dan bunyi shuuushhhh kuat di telinga bayi akan buatkan mereka berhenti menangis dan terpaku merenung mata anda.

5. Pacifier

Kadangkala pacifier seperti puting bayi mungkin menjadi penyelamat hari anda. Jika melekapkan puting ke dalam mulut bayi anda mampu menenangkan dia, mengapa tidak mencubanya.

6. Mandikan bayi

Sebagai bayi air suam adalah salah satu cara untuk membuatkannya tenang. Namun, pastikan suhu air dalam keadaan optimal dan sesuai dengan bayi anda. Campurkan sedikit essential oil yang bersesuaian jika ada untuk memberikan terapi tenang kepada bayi anda. Sleep bodywash mempunyai essential oil lavender untuk memudahkan si bayi tidur lena selepas mandi.

7. Biarkan cahaya samar atau malap

Bayi kita mungkin meragam disebabkan ‘overstimulated’ dengan cahaya yang terang benderang. Apa kata bawa bayi anda ke dalam bilik dan padamkan semua lampu. Pastikan bilik tersebut begitu gelap untuk memberikan sensasi seperti di dalam perut ibu. Bayi anda mungkin akan selesa begitu.

8. Ronda – ronda dengan kereta

Jika semua benda sudah tidak kena dengan bayi anda, terus ambil kunci kereta dan hidupkan enjin kereta. Tidak perlu pergi jauh – jauh cukup hanya ronda – ronda sekitar perumahan bayi mungkin berhenti menangis dan terlena di pangkuan. Kadang kala menukar suasana tempat boleh juga menukar mood bayi.

9. Pastikan pakaian yang selesa

Ada sesetengah ibu bapa begitu teruja untuk menggayakan bayi mereka dengan pelbagai fesyen pakaian. Tetapi maaf jika pakaian tersebut mungkin menyebabkan bayi tidak berhenti menangis dan ada masanya muntah beberapa kali. Hal ini mungkin disebabkan si bayi tidak selesa, panas atau sukar bernafas dengan pakaian tersebut. Sebagai saranan pakaikan pakaian yang longgar dan mempunyai aliran udara yang baik kepada bayi terutama pada waktu cuaca panas.

10. Sapukan Calm balm

Kelebihan minyak pati geranium yang diekstrak dari batang dan daun mampu melegakan tekanan, mengurangkan kemurungan, mengimbangi hormone dan melancarkan peredaran darah. Ditambah dengan campuran minyak pati lavender dan 7 jenis minyak pati tumbuhan yang lain untuk memberikan rasa relaks balm ini selamat digunakan semenjak lahir serta berbau wangi.

Atiqah Azis I 0194056226

Anak tenang ibu senang

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
Your Cart