Ha harini Umi nak share berkenaan jaundis. Umi rasa ramai wanita terutama yang belum berkahwin tak tahu jaundis ni apa. Umi buat tuduhan ni, siapa rasa tuduhan Umi salah, boleh komen ‘NO UMIIII!!!!!’. Ha tanda seru bagi lebih sebab nak kata Umi ini salah. Giteww.

Jaundis dalam istilah kita dipanggil kuning. Ala yang kome baca kat tajuk blog Umi ni lah. Biasanya akan kena pada mata dan kulit bayi yang baru lahir. Jangan ingat bayi baru lahir dilumur dengan kunyit pula ya! Kuning ni normal sahaja pada bayi baru lahir dan akan berlaku apabila bayi mempunyai kadar kandungan bilirubin yang tinggi.

Bilirubin ni ialah pigmen kuning yang terhasil ketika pemecahan sel darah merah. Kalau dalam bayi yang lebih tua dan orang dewasa, hati ialah tempat bilirubin ni diproses. Disebabkan hati bayi masih belum matang sepenuhnya, maka ia tak dapat membuang bilirubin dengan sempurna lalu menyebabkan jaundis.

Kebanyakan kes kuning ni biasanya akan selesai dalam masa 2 huingga 3 minggu selepas lahir. Kalau yang lama sikit, mungkin terdapat simptom faktor lain. Nanti Umi cerita di bawah. Bilirubin yang tinggi pula akan menyebabkan bayi terdedah kepada risiko pekak, cerebral palsy atau apa-apa kecacatan otak. Kebiasaan yang dibuat di Malaysia adalah bayi baru lahir ni dihantar ke klinik untuk pemeriksaan susulan selepas 3 hingga 5 hari keluar dari hospital.

APAKAH PUNCA JAUNDIS PADA BAYI BARU LAHIR?

Bayi paling berisiko mengalami jaundis adalah

  • Bayi pramatang (bayi yang lahir sebelum minggu 37 mengandung)
  • Bayi yang tidak mendapat susu badan atau formula secukupnya, sama ada kerana susah untuk menyusu atau susu badan ibu masih belum banyak
  • Bayi yang mempunyai jenis darah berbeza dengan ibunya

Bayi yang darahnya berbeza dengan ibu boleh menyebabkan penghasilan antibody yang akan sel darah merah seterusnya menaikkan kandungan bilirubin dalam badan.

Anatara punca lain ialah

  • Pendarahan dalaman
  • Masalah hati
  • Terdapat jangkitan
  • Kekurangan enzim
  • Abnormality dalam sel darah merah bayi

APAKAH TANDA-TANDA AWAL JAUNDIS PADA BAYI BARU LAHIR?

Macam Umi sebut di atas, tanda awal ni kita boleh tengok pada kulit dan mata bayi. Kekuningan ni boleh muncul dalam masa 2 hingga 4 hari selepas kelahiran dan bermula di kawasan muka sebelum merebak ke seluruh badan.

Kandungan bilirubin biasanya memuncak antara 3 hingga 7 selepas lahir. Cara lain nak periksa kuning bayi ialah dengan picit jari bayi dengan perlahan. Kalau warna kulit bertukar jadi warna kuning, maka ia juga tanda-tanda jaundis.

Bila perlu hubungi doctor?

Kebanyakan kes jaundis ialah normal, tapi kadang-kadang jaundis boleh menjadi petanda kepada kes kesihatan yang lain. Jaundis yang teruk meninggikan risiko bilirubin merebak ke bahagian orak, yang boleh menyebabkan kecacatan otak kekal.

Hubungi klinik terdekat sekiranya ada symptom berikut:

  • Jaundis merebak semakin teruk
  • Bayi mengalami demam 28 darjah Celcius ke atas
  • Warna kuning bayi semakin pekat
  • Bayi sukar diberi susu, kelihatan lesu dan menangis teruk

BAGAIMANA JAUNDIS DIRAWAT?

Kebiasaan bayi dan ibunya boleh keluar hospital dalam masa 72 jam selepas kelahiran. Sangat penting untuk ibu bapa membuat rawatan susulan beberapa hari selepas itu kerana tahap bilirubin boleh memuncak antara 3 hingga 7 hari selepas lahir.

Warna kuning yang nyata menentukan bayi mempunyai jaundis, tetapi ujian tambahan perlu dilakukan untuk menentukan tahap jaundis itu, sama ada melalui ujian kulit atau ujian darah. Antara ujian yang boleh dibuat adalah complete blood count (CBC), ujian darah dan Rhesus factor (Rh) incompatibility. Ujian Coombs juga boleh dibuat untuk memeriksa kenaikan pemecahan sel darah merah.

Jaundis biasa akan hilang dengan sendiri seiring dengan perkembangan hati bayi yang semakin matang. Penyusuan secara kerap (8-12 kali sehari) akan membantu bayi membuang bilirubin dalam badan.

Jaundis yang lebih teruk pula perlukan rawatan lain. Kalau ibu yang pernah ada bayi jaundis, mesti bayi pernah ditahan untuk fototerapi kan? Semasa fototerapi ni, bayi akan diletak di dalam katil kecil khas di bawah spectrum cahaya biru dengan memakai hanya lampin dan cermin mata pelindung khas. Jika perlu, selimut gentian optic akan diletak di bawah badan bayi. Pengalaman Umi bila anak pertama kene tahan untuk fototerapi ni, memang sedih! Maklumlah anak pertama, kemudian hanya ibu sahaja yang boleh masuk ke Neonatal Intensive Care Unit (NICU) untuk menyusukan anak. Tak tahulah bapanya sedih ke tak haha.

Kalau kes yang lebih teruk (nauzubillah), kene buat pemindahan darah di mana bayi menerima darah yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit dari penderma atau bank darah. Darah sihat ini akan menggantikan sel darah merah yang telah rosak, meningkatkan kuantitinya dan mengurangkan tahap kandungan bilirubin.

BOLEHKAH JAUNDIS BAYI BARU LAHIR DICEGAH?

Tiada cara yang boleh menghalang jaundis bayi lahir secara 100%. Ketika mengandung, para ibu boleh membuat ujian darah. Selepas kelahiran bayi, ujian darah untuk bayi akan dibuat jika perlu untuk menolak kemungkinan ketidakserasian darah yang boleh membawa kepada jaundis. Jika bayi masih mempunyai jaundis selepas lahir, beberapa cara yang boleh dilakukan ialah:

  • Pastikan bayi mendapat nutrisi secukupnya melalui penyusuan badan. Subhanallah, hebat kan kuasa Allah? Ibu-ibu tak perlu bersusah payah mencari ubat, ubat semulajadi telah Allah ciptakan dalam pakej bersama kelahiran anak. Penyusuan ni boleh dibuat 9 – 12 kali sehari pada hari awal kelahiran untuk memastikan bayi tidak mengalami dehidrasi dan membantu bilirubin keluar dari badan lebih cepat
  • Jika para ibu tak berjaya memberi susu badan, beri kepada bayi 1 – 2 auns (1 auns= 30 g) susu formula setiap 2 – 3 jam untuk minggu pertama. Bayi pra matang atau bersaiz kecil boleh diberi dalam kuantiti yang lebih sedikit. Boleh bincang dengan doctor jika bayi hanya minum sikit sahaja susu formula, atau jika mereka hanya tidur dan tidak menyusu sekurang-kurangnya 8 kali dalam tempoh masa 24 jam.

Ok ni sahaja yang Umi nak share tentang jaundis. Jadi panjanglah pula kan. Umi harap ibu-ibu muda bertenang kalau anak kita ada jaundis. InsyaAllah para doctor dan jururawat tahu apa yang perlu dilakukan. Plus, dengan tenangnya ibu, bayi akan dapat menyusu dengan baik sebab mereka ni boleh feel apa yang ibu dia rasa. Kalau ibunya positif, bayi akan rasa kesannya, dan ibunya akan bertambah positif. Giteww.

Anak pertama Umi, Ahmad Ukasyah. Umi’s first bundle of joy.

You may also like...

1 Comment

  1. […] Aseeyah. Kenapa umi nak susukan Aseeyah secara kerap? Sebab untuk turunkan kuning bilirubin (baca sini) yang ada dalam darah kena dikeluarkan melalui air kencing atau najis baby. So, untuk bantu baby […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
Your Cart