Menjadi impian untuk setiap wanita bekerjaya untuk bekerja dari rumah. Omputeh sebut ‘work at home mum’ atau musim covid-19 ni disebut ‘work from home’ untuk wanita yang sebelum ni biasa ke pejabat. Oktober ni Umi mula WFH sepenuh masa memandangkan dah berhenti kerja di Tadika. Kalau ikut istilah kira jadi WAHM lah, tapi sebab Umi buat bisnes dengan Tasneem Naturel ni, kira separuh masa suri rumah, separuh lagi sebagai businesswoman.

Dan guess what, Umi sangat suka WFH ni! Sebab Umi lebih bebas mengurus masa dengan perniagaan, masa dengan keluarga, dan masa dengan NGO dakwah yang Umi sertai.

Ni senarai yang Umi rasa kena ada pada setiap WFHM

Meja pejabatMeja pejabat ni Umi dah beli masa mula buat master dulu, untuk bantu Umi buat kerja master dan perniagaan pada masa yang sama. Umi beli yang simple je, muat untuk tulis-tulis dan letak laptop di meja utama dan ada rak di tepi untuk letak buku, alat tulis atau barang barang lain.

Kalau ikut umi baca-baca di internet ni, ada lagi satu meja namanya standing desk atau bila translate, namanya meja berdiri. Maklumlah sesetengah kita sakit belakang bila duduk terlalu lama, jadi meja ni dibuat supaya kita boleh menghadap laptop sambil berdiri. Menarik kan idea ni? Umi tak pernah cuba lagi, insyaAllah kalau Umi dah beli nanti, Umi share dengan para pembaca yang budiman sekalian.

Ni contoh meja berdiri. Yang ni mahal punya kot. Umi bagi contoh je ni hehe.

Botol air besarNi macam random juga kan, tapi sangat membantu dari segi keberkesanan membuat kerja. Ye lah, bila kita terlalu fokus buat kerja, kita lupa nak minum air. Selepas 3 jam, barulah sedar tekak dah haus dan rasa nak minum air sangat2! Tapi malas sebab nak kene bangun dari bilik nak ke dapur. Bila dah ke dapur, ha Umi tahu, macam-macam distraction datang. Nampak TV di ruang tamu, Nampak biskut di atas meja makan, baju yang belum dibasuh, macam-macamlah!

Kalau dah ada botol air besar, tak perlu refill banyak kali dan paling penting, tak perlu dah gerak ke dapur dan melintasi pelbagai halangan semata-mata untuk isi air.

Contoh 2 Liter. Besar kan? Tak semestinya brand Tupperware. Yang penting besar dan BPA free.

2 monitor – Umi sebenarnya tak gemar sangat guna desktop tapi sebab desktop yang Abi ada ni di bilik lain, jadi Umi guna je lah laptop yang ada dan bila Umi sambung ke monitor satu lagi yang lebih besar, kesannya ialah WOW! Guna pula mode extend monitor, seolah-olah Umi ada 2 monitor yang besar di depan. Memang sangat membantu Umi especially bila umur dah meningkat ni, mata pun power tak power, ha boleh lah letak 2 hingga 3 browser dalam satu-satu masa.

MindsetHa rasa macam ada plot twist tak? Semua Umi senaraikan barang kat atas, yang ke-empat ni bukan barang. Hehe. Mindset atau cara fikir seorang WFHM perlulah betul supaya seorang ibu tak stress, dapat bekerja dengan baik dan segala tugasan harian diselesaikan dengan baik. Satu quote omputeh ni sebut ‘master your mindset and you will master your body’.

Bagi Umi, seorang WFHM perlu tahu dirumah, walaupun menjadi bos kepada diri sendiri, ada banyak faktor lain yang akan mempengaruhi prestasi kerja di rumah. Ada anak yang perlukan perhatian, wujudnya perubahan besar dari segi emosi dan kewangan jika sebelumnya bekerja di pejabat, kecenderungan untuk menangguhkan kerja dsbnya.

1*F9XjJMc1JL3qPwK-D-iPSA.jpeg (740×472)

Jadi penting untuk orang macam Um ni menyusun dan meletakkan target harian supaya setiap hari berlalu dengan kejayaan. Hehe nama kejayaan macam lah besar sangat, tapi setiap kejayaan besar tu bermula dengan kejayaan-kejayaan kecil yang berlaku dalam tempoh masa yang lama.

Harapnya senarai ni membantu anda para WFHM bekerja dan berjaya. Good luck!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
Your Cart