RUPA – RUPANYA .. BAYI BARU LAHIR YANG SIHAT MENANGIS 1 HINGGA 3 JAM SEHARI.

Tapi kalau dah berlebihan itu bahaya. Jika orang dewasa bercakap untuk berkomunikasi, bayi pula hanya mampu menangis untuk memberitahu apa yang mereka rasa; lapar, sakit, tak selesa atau letih. Tangisan adalah cara untuk mereka memberitahu sesuatu.

Sebagai ibu bapa kita perlu faham setiap bayi mempunyai tahap keselesaan yang berbeza. Ada yang mungkin akan menangis kerana terlalu panas malah ada juga yang akan menangis kerana sejuk. Tipsnya, check suhu di perut mereka dan bukan di tangan atau kaki mereka kerana normal suhu di kedua – dua bahagian ini terasa agak sejuk.

Bayi yang baru lahir juga tidak suka kulit mereka terkena udara apabila mandi dan ditukar lampin. Mereka sukakan kehangatan. Sebab itu, apabila anda menukar lampin bayi mulalah terdengar teriakan mereka😅

Ada kalanya semasa dalam tempoh berpantang, ramai pelawat yang menziarahi. Namun, jaga – jaga!

Bayi baru lahir mendapati sukar untuk mengurus rangsangan yang terlalu banyak pada satu-satu masa hingga boleh menjadi gelisah. Cahaya lampu, bunyi bising dan saudara mara yang masing-masing mahu menarik perhatiannya cukup membuatkan dia resah.

Sebenarnya, yang paling membimbangkan ialah emosi ibu. Ibu yang tidak tenang, tertekan dan stress mungkin boleh mengundang keresahan yang sama kepada anak disebabkan ikatan yang kuat terutama melalui penyusuan.

Penggunaan calm bath dalam mandian ibu dan juga bayi membantu memberi kesan relaksasi kerana kandungan essential oil geranium mengurangkan tekanan termasuk kebimbangan, essential oil tangerine memiliki aroma menenangkan, essential oil roman chamomile berguna untuk migrain, mudah marah dan lelah dan essential oil bergamot mengurangkan ketegangan otot semasa berpantang.

Oleh itu, orang pertama yang perlu menarik nafas untuk bertenang ialah si ibu. Tidak salah untuk menyerahkan bayi anda sementara kepada orang lain supaya anda dapat mengambil masa untuk bertenang atau menguruskan diri. Setelah selesai ambil semula bayi anda untuk disusukan. Pastinya, anda akan dapat melihat kesan yang berbeza berbanding sebelumnya.

Justeru, amat penting ibu berpantang mempunyai pembantu atau orang lain untuk membantu menguruskan diri dan bayi ketika waktu ‘confinement’.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
Your Cart