Ini kisah anak Umi yang kedua, Ubaydah. Orang cakap Ubaydah ikut muka Umi. Tapi, orang kata juga muka seiras ni ‘panas’ tak ngam. Satu hari dahulu Ubaydah ialah baby Umi yang comel dan tidak banyak ragam.

Genap Ubaydah setahun, Umi disahkan mengandung. Hadiah ulang tahun pertama Umi Abi hadiahkan Ubaydah ‘title’ abang Ngah😂. Kasihan anak Umi tak puas bermanja sebagai anak bungsu sementara. Namun percayalah anakku sayang, ketentuan Allah ialah bukti kebesaranNya.

Kali ini Umi nekad. Umi tak boleh buat seperti apa yang Umi buat kepada abang Ukasyah semasa mengandungkan Ubaydah dahulu.

Tapi, apa yang berlaku sebaliknya merisaukan.

Semasa mengandungkan Ubaydah Umi tetap meneruskan penyusuan susu ibu kepada abang Ukasyah. Sehingga Ubaydah lahir. Sebulan Umi ‘tandem breastfeeding’ kepada kedua – dua anak lelaki Umi. Seperti Umi mempunyai anak kembar.

Tapi Umi tak mampu. Jadi, kali ini Umi nekad untuk berhentikan susu badan Ubaydah 4 bulan sebelum baby lahir.

Kesannya, memang merisaukan Umi dan Abi. Berbanding abang Ukasyah, Ubaydah senang wean off. 2 hari sahaja Ubaydah boleh terus minum susu botol sepenuhnya. Cuma, Umi dan Abi diuji pula dengan Ubaydah terjaga di tengah – tengah malam.

Saban malam. Apabila jam menginjak ke pukul 2 pagi, Ubaydah menangis dan mengamuk. Sehingga menjangkau 2 ke 3 jam lamanya.

Keesokan hari ialah hari yang amat memenatkan. Umi makin sarat. Seharian bekerja dengan perut yang makin memboyot ialah satu ujian kepayahan fizikal untuk Umi. Di tambah pula minda yang letih kerana berjaga di tengah malam.

Setiap kali terjaga di tengah malam, Ubaydah merengek minta didokong. Ya Allah, hanya Tuhan yang tahu mendokong Ubaydah sayang yang lebih 10 kg beratnya bersama perut Umi yang makin membesar memang menguji kesabaran seorang ibu hamil.

Bukan Abi bersenang – lenang tidur tanpa menghiraukan situasi tetapi Abi bergilir – gilir dengan Umi mendokong Ubaydah sayang. Umi tahu Abi juga keletihan bekerja di siang hari. Tapi Abi sabar dengan ujian ini.

Hari berganti hari. Situasi masih sama. Pelbagai cara Umi dan Abi cuba. Setiap waktu bacaan Quran memang menghiasi tidur anak – anak Umi. Kadang kala sehingga Umi terpaksa memandikan Ubaydah dalam kesejukan pagi untuk meredakan ‘tantrum’ Ubaydah.

Sehinggalah suatu hari ada sebuah kotak diterima sahabat Umi, Cikgu Rina.
.
“Tiqah, akak dapat set ni daripada kawan akk”, tunjuk Cikgu Rina sambil mengeluarkan balang kaca kecil daripada kotaknya.

“Kawan akak yang buat ni. Dia boleh bantu anak tenang, anak tidur lena”.

Umi sekadar mendengar dan mengiyakan tanpa menunjukkan minat yang mendalam. Umi sebenarnya sedikit skeptikal. Betul ke ada balm seperti ini. Umi juga risau kalau – kalau ada kesan sampingan apabila menggunakan balm seperti ini.

Tapi, kuasa Allah tak ada siapa yang mampu menghalang. Akhirnya Umi ‘order’ satu Calm Time balm yang berpenutup hijau daripada sahabat Umi ini. Balik rumah, malamnya Umi berdebar – debar untuk mencuba balm tersebut.

Tapi Umi nekad sekali lagi. Umi kena atasi masalah Ubaydah. Umi dan Abi kasihan Ubaydah yang tidak tidur lena.

Dengan Bismillah Umi sapu bahagian – bahagian badan mengikut arahan yang diberitahu. Tapak kaki, nadi tangan, belakang badan dan celah telinga dan Umi tidurkan Ubaydah.

Keesokan harinya Umi bangun seperti biasa.Eh kejap! Umi baru bangun selepas tidur malam tadi?

Maksudnya Umi tak terjaga malam tadi?

Maksudnya..Ubaydah tak bangun terjaga malam?

Maksudnya, alhamdulilah balm tu dah tunjukkan kesan?

Umi tahu ini ialah hadiah kepada ujian kesabaran Umi dan Abi melayan Ubaydah sebelum ini. Umi tahu asbab Umi mencari ikhtiar guna balm ini Allah bantu Ubaydah tidur lena sebab Ubaydah sebenarnya mencari susu badan, sebab tu dia terjaga dan mengamuk.

Dan paling Umi tahu Allah beri ilham kepada Founder yang buat balm ini untuk bantu ramai Ibu – ibu yang alami masalah macam Umi.

Alhamdulilah hirabbi ‘alamin.

Itulah permulaan Umi mula serius berkecimpung dalam bisnes Tasneem Naturel dengan niat untuk membantu memudahkan urusan ibu bapa menguruskan anak- anak tenang – tenang saja sambil menjana pendapatan.

Kenangan indah menerima apresiasi sebagai Leader 2019 dalam Team Tasneem Naturel daripada founder Tasneem Naturel, Puan Haridah dan En Rafizal.

Hai saya Umi Tiqah, id agen 000669 sedia membantu para ibu di luar sana untuk mendapatkan konsultasi dan penghantaran cod ke semua kawasan sekitar Seri Iskandar dan Perak Tengah serta pos setiap hari Isnin hingga Ahad seluruh Malaysia.

Jika anda berminat menjana pendapatan, jom sertai team A2 Victory saya untuk menjana pendapatan 3 hingga 4 angka sebulan.

Di Tasneem Naturel, kita mengimpikan untuk terbang menggapai awan.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
Your Cart