panduan berpantang

Setiap kali hujung trimester 3 mulalah berdebar hati tu kan . Mana taknya antara tak sabar nak menantikan cahaya mata baru dengan rasa berdebar macam mana nak uruskan baby selepas pulang dari hospital. Lagi – lagi kalau inilah pengalaman pertama menjadi seorang ibu. Risaunya nak berpantang dan uruskan bayi kita untuk pertama kalinya.

Sebab tu tradisi kita terutama orang Melayu memilih untuk berpantang di rumah orang tua. Senang, orang tua kita dah melalui pengalaman sebelum ni jadi senang la nak uruskan kita dan juga bayi. Tapi dengan situasi covid sekarang ni ramai juga first time mom cuba untuk berpantang sendiri di rumah. Bukan apa, orang tua kita di kampung tu daya tahannya makin kurang kerana faktor usia, bimbang sambil berpantang di kampung tu terbawa sekali virus tu.

Nauuzubillah, minta dijauhkan. Walaubagaimanapun, di saat kita mengambil jalan tengah untuk tidak membahayakan orang lain dan memilih untuk berpantang sendiri,pastikan kita membuat pilihan dengan persediaan dan sokongan yang baik seperti ada suami atau pembantu harian sekalipun tidak mahu mengambil servis penjagaan pantang secara penuh. Dekat sini sudi umi kongsikan panduan berpantang, tips dan trick uruskan bayi baru lahir berdasarkan pengalaman dan pembacaan umi.

1. Dapatkan tidur dan rehat sebanyak yang boleh pada hari pertama kelahiran bayi

Jangan dicerita betapa terujanya diri mommies lepas bersalin walaupun letih mana lepas meneran beranak tu kan. Kalau tak ada masalah serius dan semua normal, kita dan bayi akan disorong semula ke wad bersalin setelah selesai semua urusan di labor room. Ni cerita hospital kerajaan la since umi tak pernah ada pengalaman bersalin di hospital swasta.

Masa dekat wad tu, mata tak henti nak mengerling baby dalam cot sebelah katil kita tu. Tapi, dinasihatkan lebih baik mommies ambil peluang untuk berehat dan tidur untuk pulihkan semula energy lepas beranak tadi. Selalunya awal ni baby tak banyak meragam. Ambil sebanyak mana masa yang boleh untuk recharge energy sebab lepas ni adalah battle yang memerlukan tenaga korang.

Korang kena faham fakta ni yang selepas dilahirkan baby baru lahir tidur lena sebab bekalan makanan yang supply dari dalam perut masih mencukupi untuk hari pertama kelahiran. Skin to skin yang dibuat masa lepas deliver tu bukan sebab nak bagi baby kenyang menyusu. Just untuk dapatkan colostrum pertama,bagi comfort baby dan bagi signal untuk payudara menghasilkan susu. So mommies ambil la peluang ni hari pertama untuk berehat

2. Sediakan diri dan mindset dengan cabaran fasa minggu pertama kelahiran bayi

Selalunya minggu pertama kelahiran ni struggle yang selalu akan dihadapi oleh ibu yang baru bersalin ialah supply susu ibu yang baru je nak bermula dan demam kuning yang mula nampak pada bayi kita. Masa yang sama kalau baru pertama kali pengalaman menjadi ibu sudah tentu agak kekok untuk menyusukan bayi. Menyediakan diri dan minda dengan situasi yang akan berlaku terkedepan adalah langkah ibu yang bijak.

Yelah, ada antara kita yang direzekikan untuk bersalin secara normal dan ada juga yang bertuah kerana dapat merasai pengalaman bersalin secara czer. Kedua -duanya ada ‘derita’ emosi dan mental yang perlu diberi perhatian. Oleh itu, jangan pernah menyalahkan diri sendiri jika kita memerlukan bantuan dan sokongan orang lain untuk menguruskan diri dan bayi kita.

Boleh baca sini: Cara banyakkan susu badan, selepas amalkan terkejut susu melimpah , Rupa – rupanya ini cara turun bacaan kuning bayi dengan cepat dan betul dalam masa 4 hari.

3. Belajar cues baby

Mommies, sangat penting untuk ambil tahu dan belajar tentang signal atau cues yang baby kita tunjukkan. Of course sebab baby kita tak pandai lagi bercakap dan jangan sampai tahap baby kita mengeluarkan tangisan kerana pada tahap ni agak susah dah nak mententeramkan mereka dan mungkin memberikan kesan yang lebih buruk.

Oleh itu, belajarlah dan ambil tahu cues atau signal fizikal yang ditunjukkan oleh baby kita sama ada lapar dahaga atau mengantuk nak tidur.

4. Sediakan balm dan minyak bayi

Kembung perut atau colic memang sinonim dengan baby yang baru lahir. Ini disebabkan sistem pencernaan bayi yang masih dalam fasa pembentukan yang belum sempurna. Mitos yang sering disebut anak kembung disebabkan susu ibu atau ibu salah makan. Mulalah gelabah ibu terutama yang baru pertama kali menghadapi situasi ini. Selain daripada diet ibu, kembung perut juga berpunca daripada alergik, sensitif terhadap sesuatu dan cara pernafasan bayi yang salah semasa dia menangis.

Apapun, mommies jangan kalut. Perkara ini boleh diselesaikan jika mommies dah ready dengan balm atau minyak telon baby. Berdasarkan pengalaman berpantang 4 orang anak, banyak jenis minyak telah saya gunakan tetapi penggunaan balm T-rub dan minyak telon stommy daripada Tasneem Naturel sangat memberikan kesan pengalaman berpantang yang cukup best. Dua orang anak yang bawah yang saya sapukan balm trub dan minyak stommy secara rutin selepas mandi jarang meragam kerana perut kembung dan hampir setiap hari mereka membuang menandakan kondisi perut yang selesa.. Balm trub dan minyak telon stommy ini tidak panas dan berbau wangi sesuai untuk kulit baby sejak lahir.

Untuk terus mendapatkannya boleh pergi ke sini.

5. Pastikan ‘burp’ baby anda selepas menyusukan

Kalau tak nak baby muntah tiba – tiba selepas disusukan pastikan sendawakan baby. Pastikan juga tunggu sehingga bunyi burp keluar daripada mulut baby barulah baby anda dibaringkan semula. Aktiviti sendawakan baby boleh membantu mengurangkan kembung perut atau ketidakselesaan kepada perut baby. Jika tidak pandai sendawakan bayi belajarlah daripada orang berpengalaman atau cari tutorial di youtube. Mudahkan!

6. Susun jadual masa berpantang dengan tersusun

Kadangkala bayi meragam semasa tempoh berpantang disebabkan emosi ibu yang tidak stabil. Mommies kan baru sahaja selesai berperang di dalam labor room dan semestinya proses pemulihan mengambil masa yang lama. Rasa letih dan cepat beremosi tu biasa dan sering dikaitkan dengan depresi post partum atau meroyan. So jangan main – main ya dengan isu ini. Tempoh berpantang seharusnya menjadi waktu rehat untuk para ibu. Oleh itu, tidak salah untuk mommies susun jadual berpantang walaupun tidak menggunakan confinement lady. Di bawah disyorkan Jadual berpantang harian untuk ibu

Amat disyorkan untuk ibu menyelesaikan dulu keperluan kendiri sebelum menguruskan bayi. JIka risau bayi ditinggalkan sendirian, minta bantuan suami atau ahli keluarga untuk membantu. Apabila mommies selesa dan beremosi tenang bayi pasti kurang meragam dan senang untuk diuruskan

7. Kalau tidak mampu, mengalah bukan bererti kalah

Ada ketika apa yang disusun dan dirancang tidak menjadi kenyataan. Mommies perlu bersedia dengan satu hari dalam waktu berpantang, anak mungkin meragam dan berlainan daripada rutinnya yang biasa. Selalunya berlaku semasa peralihan bulan terutama memasuki angka 1 bulan.

Jika sudah buntuk melakukan itu dan ini, dan mommies berasa sangat letih, jangan takut untuk menyerahkan bayi anda kepada orang lain seperti suami, ibu atau sesiapa yang bersama – sama anda ketika pantang untuk mommies berehat sebentar, tidur, atau minum dan mengembalikan semula tenaga dan emosi yang tenang. Selepas berasa bertenaga barulah ambil bayi anda semula untuk disusukan.

Penggunaan essential oil seperti xpress spa yang berhawa sejuk dan berbau wangi membantu mommies untuk mengurangkan ketegangan otot semasa berpantang dan mengembalikan emosi tenang untuk menguruskan diri dan bayi. Untuk bayi pula, mommies boleh ikhtiar untuk melakukan rutin spa bayi yang terdapat dalam Baby Spa Kit Tasneem Naturel supaya bayi selesa, beremosi tenang dan mudah tidur lena.

8. Pilih outfit yang sesuai dengan cuaca dan persekitaran

Baju baby memang rambang mata kalau nak dipilih. Tapi cantik dan semestinya selesa untuk bayi anda pada waktu tersebut. Cuaca di Malaysia yang kebanyakannya panas pada waktu siang dan kadangkala bahang sehingga ke malam adakalanya memberikan kesan yang tidak selesa kepada bayi. Lagi – lagi kalau dipakaikan baju pyjamas sama seperti bayi di luar negara.

Kita kena faham, cuaca di luar negara terutama 4 musim berlainan dengan di Malaysia. Jika sejuk di sana memang sangat sejuk. Ini berdasarkan pengalaman umi tinggal di Australia semasa belajar di sana. Tapi di Malaysia ini cuaca panas adakala memberi kesan kepada kulit bayi yang sangat sensitif dan senang mendapat ruam.

Pilihlah pakaian yang sesuai dan selesa dengan baby mommies. Kadangkala apabila baby anda menangis cuba juga selidiki sama ada baby sedang rimas dan panas.

Boleh baca di sini: JENIS PAKAIAN YANG SESUAI UNTUK BAYI BARU LAHIR

9. Bezakan malam dan siang

Suatu masa dulu semasa berpantang saya cukup risau apabila baby saya tidur lama pada waktu siang. Hal ini kerana dia mungkin akan berjaga lama pada waktu malam sedangkan waktu malam lah waktu saya perlu tidur lena dan berehat. Lama kelamaan saya belajar bahawa bayi perlu diajar untuk membezakan antara malam dan siang.

Pada waktu siang, dedahkan bayi pada cahaya yang terang untuk menerangkan bahawa itu adalah waktu siang. Walaupun baru berusia beberapa minggu, beberapa aktiviti boleh dibuat bersama dengan bayi mommies untuk mengurangkan masa tidurnya pada waktu siang. Namun tidak bermakna bayi langsung tidak dibenarkan tidur pada siang hari cuma seeloknya tidak dibiarkan tidur lama pada waktu siang.

Pada waktu malam pula, bezakan bayi dengan suasana yang sedikit sunyi, lampu yang lebih malap dan percakapan ibu yang sedikit berbisik dan masa tidur yang lebih panjang.

Boleh baca di sini: 6 BULAN AKTIVITI YANG MENYERONOKKAN BERMAIN DENGAN BAYI ANDA

10. Belajar tips dan ‘hacks’ yang memudahkan anda urus baby

a. Cara mudah bedung bayi dengan bedung moden

b. Letakkan lampin yang baru di bawah lampin lama untuk mengelakkan kebocoran semasa menukar lampin

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
Your Cart