keibuan

Rupa – rupanya ini cara turun bacaan kuning bayi dengan cepat dan betul dalam masa 4 hari.

turun kuning

Kerisauan ramai ibu selepas bersalin

Turun bacaan kuning bayi dengan cepat rasanya itulah idaman setiap ibu selepas melahirkan anak dan anak disahkan kuning. Macam umi setiap kali kelahiran anak yang baru mesti berperang dengan demam kuning atau jaundis tu. Daripada anak pertama sampai kelahiran Aseeyah, anak keempat ni, rutinnya ialah check kuning bayi setiap hari dekat KKIA atau Klinik Kesihatan.

Tapi setiap anak tu pengalaman tempoh check kuning tu berbeza. Ada yang lebih dekat nak masuk dua minggu dan ada yang secepat 4 hari. Yang pastinya makin lama makin kita tahu macam mana nak uruskan turun kuning cepat dan tak guna petua – petua yang merepek dan membahayakan macam yang selalu orang cadangkan.

Kelahiran Anak ke – 4

Bersalin anak ke 4 yang kami namakan sebagai Aseeyah Yusra. Seperti namanya, walaupun sebelum bersalin tu macam – macam dugaan berlaku. Yelah tengah PKP kerana wabak Covid 19 yang melanda negara awal Mac 2020 tahun lepas. Namun kelahiran dia alhamdulilah telah dimudahkan (Yusra) dan dialah anak yang tak perlu ulang alik selalu ke klinik untuk check kuning. 4 hari check kuning, doktor sahkan Aseeyah bebas kuning dan tak perlu dah datang (discharged) sebab bacaan kuning bayi dah turun.

Waktu PKP ni dengan virus Covid 19 makin mengganas, dalam fikiran umi tak nak selalu bawa baby Aseeyah keluar rumah. Sebagai ibu kita risau kan baby kita masih fragile. Itu yang umi prepare daripada awal lagi. Lepas Aseeyah lahir terus umi sapukan balm Trub dan Calm Tasneem. Kalau nak tahu walaupun Aseeyah turun kuning cepat berbanding abang – abang dan kakaknya tapi dialah anak umi yang paling awal kena tahan NICU (Neonate Intensive Care Unit) iaitu dari hari kedua lepas dia lahir.

Kena masuk NICU bermalam lagi di hospital

Ceritanya macam ni, lepas Aseeyah lahir pukul 1 petang hari sebelum tu, ingatkan esok tu boleh balik rumah. Umi bersalin normal dan alhamdulilah Aseeyah settled berak dan kencing lepas lahir. Tapi ditakdirkan masa pagi hari umi boleh discharged tu doktor buat round dan check Aseeyah. Doktor beritahu umi nampak kuning – kuning dekat area mata dan dahi dia. Umi cakap dalam hati ‘hah sudah!’.

Berdasarkan pengalaman ni gaya tak boleh balik je Aseeyah ni. Tapi doktor tu tak boleh confirmkan. Dia kata nanti tunggu doktor kanak – kanak datang. Kalau ikut umi dah mula menyusu Aseeyah lepas skin to skin dan sampai keluar labor room dan masuk wad balik dah mula menyusu Aseeyah. Alhamdulilah kita dah masuk anak keempat kan jadi tak ada la kekok menyusu anak. Cuma memang pun susu masih kurang lagi.

bacaan kuning bayi
Aseeyah masa kena tahan NICU. Nampak kuning dekat dahi

Makanan kena elak semasa anak jaundis

Lepas bersalin tu Abi ada datang untuk azankan Aseeyah dan ada bawa bubur untuk umi. Umi pun makan la bubur tu dan tak sangka ada halia juga dalam bubur tu. Seingat umi memang ada tergigit halia tu. Nak kaitkan halia tu penyebab untuk kuning Aseeyah dah nampak seawal mungkin, boleh jadi juga sebab halia bersifat panas dan boleh menyebabkan bacaan kuning bayi naik lagi.

Selain tu lada hitam, rempah ratus, dan sesetengah pendapat kunyit pun tak boleh. Ibu yang ada anak jaundis atau demam kuning ni memang kena berpantang tak makan makanan yang ada kandungan bahan ni. Petua ni umi dapat daripada misi yang check kuning anak umi sebelum ni bila bacaan kuning bayi sebelum ni tak turun.

Masa tu rupa – rupanya sebab umi makan lada hitam masa pantang tu dan kemudian susukan baby. Sejak tu, memang awal pantang selagi check kuning anak umi hanya makan masakan berpantang yang dimasak hanya menggunakan bawang sahaja sebagai bahan asas masakan.

Jamu? Memang umi tak sentuh dan makan selagi tak cukup 40 hari atau lepas dua minggu bersalin. Tak nak kuning anak naik semula dan kita yang letih ulang alik check kuning. Lepas dah settle kuning anak ni tak kisah pun kita nak makan halia, lada hitam dan lain – lain rempah untuk pastikan dalaman badan kita pulih semula.

Petua turunkan bacaan kuning bayi yang betul dan tak merbahaya

Bila doktor kanak – kanak dan sahkan Aseeyah kena masuk NICU sebab dah nampak kuning dekat muka dari awal kelahiran umi pasrah. Masa tu sedikit sedih sebab kita dah mula berpisah dengan anak. Umi belum masa dicharged wad lagi dan Aseeyah dah kena disorong masuk ke NICU. Aduhai pedih rasa tak nampak anak yang baru je lahir sehari tak ada depan mata.

Umi discharged wad bersalin pukul 1 petang. Tapi umi tak keluar hospital lagi. Umi decided nak stay dekat dengan Aseeyah. Kalau untuk ibu yang baru lahirkan anak dan bayi dia kena admit NICU berbanding wad kanak – kanak ibu tersebut tak boleh ditempatkan sekali dengan anaknya.

Bayi yang masuk NICU ialah bayi yang mengalami masalah seperti kurang berat badan, fungsi pernafasan kurang sempurna,prematur,ada komplikasi sejurus selepas lahir dan lain – lain berlaku pada beberapa hari pertama kelahiran. Untuk para ibu bayi di NICU sebenarnya digalakkan tinggal di home room supaya boleh beri susu ibu secara esklusif dan kerap. Para ibu ni ditempatkan di asrama yang berdekatan dengan NICU. Tapi asrama ni terhad dan bergantung kepada katil yang kosong.

Umi pun try nasib pergi ke wad NICU dan bertanya tentang kekosongan katil supaya umi boleh terus berikan penyusuan susu ibu dekat Aseeyah. Alhamdulilah rezeki dan niat umi yang baik Allah mudahkan. Ada satu kosong untuk umi tinggal di situ. Jadi bermulalah sesi ulang alik ke wad NICU dari asrama yang disediakan untuk menyusukan Aseeyah. Kenapa umi nak susukan Aseeyah secara kerap? Sebab untuk turunkan bacaan kuning bilirubin (baca sini) yang ada dalam darah kena dikeluarkan melalui air kencing atau najis baby. So, untuk bantu baby lagi banyak kencing dan berak kenalah para ibu kerapkan penyusuan kepada anak. Untuk cara banyakkan susu badan boleh baca entry ini.

Tapi ada juga sesetengah bayi walaupun susu ibu dah mula melimpah tapi baby still tak banyak membuang. Alhamdulilah bila umi dah mula diperkenalkan dengan Set Turun Kuning Tasneem ni umi memang dah ready masuk dalam beg bersalin dan bawa ke hospital. Setiap kali melawat Aseeyah dekat wad NICU dan susukan dia umi tak lupa untuk sapu set ni dekat perut dia. Umi kerap menyusu Aseeyah dua jam sekali dan setiap kali itulah umi akan sapukan Trub balm dan Calm balm ni.

Setiap kali tukar pampers mesti nampak banyk najis warna kuning dekat poopoo Aseeyah

Resultnya, memang setiap kali tukar pampers Aseeyah membuang dengan banyak. Boleh nampak warna kuning dekat najis yang keluar tu. Umi hanya sapu balm tu dekat kulit Aseeyah je. Tak ada sua benda lain selain susu ibu kat mulut dia. Masa tu, umi bersyukur sangat sebab umi dengan Aseeyah je berdua untuk umi uruskan demam kuning dia.

Umi dapat bayangkan kalau dah balik rumah ni memang macam – macam petua akan dicadangkan untuk turunkan bacaan kuning bayi. Ada yang suruh jemur anak dekat matahari la, mandikan anak dengan air sengkuang cina, serbuk mutiara, daun inai, asam jawa dan daun kucai pun ya. Yang paling tak berani tu ada yang cadangkan petua titikkan air anggur hitam dekat mulut baby.

Alahai risau pulak cara yang macam tu. Baby baru je lahir dan sistem penghadaman dia hanya boleh proses susu ibu je tapi kalau dah masuk macam – macam tu bahaya juga.

Sebab tu bila guna trub balm dan calm Tasneem ni umi berani je apply dekat baby sebab dia hanya sapuan luar dan sebenarnya essential oil atau minyak pati yang ada dalam balm ni la membantu memudahkan dan mempercepatkan proses percernaan dan membantu hati untuk proses bilirubin tu. Logik kan proses nak turunkan kuning tu. Essential oil ni Allah jadikan dia molekul kecil yang senang je serap kat kulit bila kita sapu.

Cara sapuan dia pun cukup mudah. Trub sapu di perut, betis dan tapak kaki dalam kadar 2 jam sekali, sebelum dan selepas menyusu dan tiap kali lepas mandi untuk bagi baby berak banyak – banyak. Calm balm pula sapu secara kerap di bahagian hati supaya hati dapat berfungsi secara efisien untuk bantu proses bilirubin tu. Dalam calm balm ni ada geranium oil yang baik untuk turunkan bacaan kuning. Sebab itu seeloknya dua balm ni diguna sekaligus supaya cepat kuning turun.

bacaan kuning bayi
Alhamdulilah, yeay jom Aseeyah kita rehat kat rumah.

Ramai yang dah berjaya turun bacaam kuning cepat dengan rahsia ini

Alhamdulilah berkat ulang alik wad NICU (kejap – kejap muka umi masuk tengok anak bagi susu) hari ketiga kelahiran Aseeyah dah boleh discharged dan balik rumah. Yeay. Dan bermulalah episod check up dekat klinik setiap pagi.

Hari pertama check dekat KKIA result memang ok juga bawah 10 (7.5). Umi memang konsisten sapu trub dan calm balm setiap 2 jam sekali dan rutin lepas mandi. Masuk hari keempat seperti biasa bangun awal pagi umi siapkan Aseeyah untuk pergi KKIA untuk chck up.

Yang ni pun rupa – rupanya satu tips supaya bacaan kuning tak terlalu tinggi. Pergi check seawal pagi.

“Aseeyah Yusra MA”, misi panggil nama untuk ambil result darah.

“Ok, ibu dah tak perlu bawa baby untuk check kuning. Baby dah boleh discharge ya. Bacaan turun banyak juga ni daripada 7 ke 5.2. Tahniah”.

Gembira sangat sebab hanya 4 hari je kami ulang alik untuk check kuning. Sebab seronok sangat ni umi siap rekomen kepada seorang ibu yang duduk dekat dengan tempat duduk umi. Tergambar kegelisahan dekat wajah dia.

“Cubalah ikhtiar dengan set turun kuning ni, in syaa Allah turun banyak tu esok”, umi beri keyakinan dekat ibu tersebut.

“Boleh juga, penat dah ni ulang alik klinik. Tengok kaki dia lebam kena cucuk pun rasa sedih sangat”, ibu tersebut setuju.

Esoknya, umi dapat wasap daripada ibu tu

bacaan kuning bayi
Baby Kak Ma membuang lebih banyak berbanding sebelum ni. Dah boleh discharged juga.

Seronok perasaan bila bacaan kuning anak dah turun tu memang best sangat kan, Rasa lega sangat. Kat bawah ni lagi result bacaan turun kuning baby mereka yang dah turun banyak dan tak perlu risau baby kena tukar darah (blood transfusion).

bacaan kuning bayi
alhamdulilah kuning turun banyak dan berjaya elak blood transfusion. Bayangkan kalau baby sampai kena blood transfusion
bacaan kuning bayi

Bertenang dan fikir positif

Jika bacaan kuning bayi mula naik sebagai ibu jangan panik. Selesaikan masalah ini dengan cara yang umi syorkan ini. Alhamdulilah ramai para ibu yang berpuas hati dan menarik nafas lega setelah menggunakan set turun kuning ni. Jika ingin mendapatkan set turun kuning ini boleh terus tekan di sini.

Umi Tiqah

Pengalaman mematangkan hidup

You may also like...

8 Comments

  1. […] ceritakan kisah dia kena tahan NICU memang sebab dah nampak kuning bayi lepas beberapa jam lahir (baca sini). Walau bagaimanapun, umi lebih ready nak uruskan kuning baby Aseeyah ni daripada awal kelahiran dia […]

  2. […] Pathologic jaundice pula adalah keadaan kuning pada kulit bayi yang dapat dilihat seawal hari pertama dilahirkan dan keadaan ini lebih merbahaya serta memerlukan rawatan segera”, ujar beliau. Umi ada pengalaman tentang jaundis jenis ini yang umi kongsikan di entry ini. […]

  3. […] kuning berpanjangan ini sebelum rawatan yang lebih rumit diberikan kepada bayi. Alhamdulilah dengan set turun kuning Tasneem membantu ramai ibu ikhtiar turunkan kuning dengan cara yang lebih selamat kepada bayi dan […]

  4. Ramai ada anak kuning. Memang macam2 cara kena usaha buat. Moga anak puan sihat selalu

  5. wah..tq sharing! Boleh lah prepare apa yang patut kan.Yong pun anak sulung pengalaman ada kuning juga tapi gitu jelah bg susu badan mcm biasa and elakkan makan panas-lada big no.Anak kedua alhamdulillah xda kuning

  6. Kena amik tau .. kuning yang tinggi pd bayi akan menakutkan semua ibu..rumit bila bayi sudah dimasukkan ke hos

  7. Anak sedara pun kuning jugak, guna jugak yang ni alhamdulillah okay sikit,kalau tak kena ulang alik klinik, kesian baby dengan mummy

  8. Bagus juga petua yg dikongsi Ni.
    Tak salah mencuba.
    Anak anak saya semua jaundice. Yg sulung prolong jaundice.
    Thanks Tau share info bermanfaat ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Your Cart