Saat menyusukan anak ialah momen yang paling umi suka. Selain daripada masa mengelat (sejujurnya) untuk berbaring dan berehat, umi dapat tenung mata si baby dan dia membalas renungan umi semula sambil menyentuh tangan yang mungil itu. Sebab umi percaya sentuhan ke seluruh kulit anggota badan bayi memberikan sokongan yang kuat kepada pembesarannya.
Selain daripada sesi penyusuan, Umi baru terbaca satu perkongsian mengenai 5 cara membina ikatan atau bonding dengan bayi kita.
#1. Bercakap dengan mereka dalam nada yang jelas dan kuat.
Obviously kita akan nampak macam cakap sorang- sorang sebab baby kita tak akan balas balik apa yang kita cakap. Tapi dengan cara ini membantu bayi kita dalam perkembangan kognitif dan sosial mereka.
Mungkin juga merekalah orang yang terbaik untuk kita meluahkan perasaan, membebel (tapi ingat dalam nada yang jelas dan kuat, jangan laju) sebab mereka takkan menyampuk apabila mak diorang meluahkan perasaan. Akhirnya, mesti perasaan kita lega dan ikatan dengan anak makin rapat.
#2. Pegang erat 2 tapak tangan atau kaki bayi
Orang kata kulit ke kulit. Kadang kala kita rasa down dan lemah. Cuba pergi dekat dengan anak kita dan pegang tangan atau kakinya erat – erat. Kita akan rasa bayi fitrah ini akan sentiasa mengingatkan kita bahawa kita insan hebat yang berjaya lahir ke dunia.
#3. Ambil gambar dengan mereka.
Yang ini bukan sebab nak papar di media sosial semata- mata, tetapi untuk simpanan masa depan. Memori terindah.
Yang ini Umi secara peribadi ada satu aplikasi yang umi dan abi simpan semua memori dan kisah anak- anak. PEEKABO MOMENTS. Cubalah cari aps ini, seronok apabila satu masa kami mengimbau kembali detik-detik Abang-abang U masa kecil dan memberi muhasabah kepada kami yang kerenah mereka hanyalah satu ujian kecil berbanding nikmat kehadiran mereka sebagai cahaya mata.
Pergi ke aplikasi google play dan buat carian Peekaboo Moments
#4. Jadikan masa melakukan kerja rumah sebagai peluang membina ikatan.
Sewaktu kita melakukan urusan rumah tangga letakkan bayi kita berhampiran supaya dia boleh melihat kita ada bersama- sama dengannya.
Jika anak sudah boleh membantu, ajak dia untuk melakukannya bersama. Kalau masih bayi, sambil melakukan kerja kita boleh menyanyikan lagu kepada mereka atau bercakap – cakap tentang perkara yang sedang kita lakukan.
#5. Kepada para suami, lakukan cara ini bersama para isteri.
Situasi yang berlaku hari ini, anak – anak kurang mendapat sentuhan dan perhatian bapa. Banyak yang diuruskan oleh si ibu. Melakukan aktiviti kecil ini sekali gus membina ikatan yang seimbang. Anak mendapat sentuhan ibu dan juga bapa. Emosi anak lebih stabil dan kurang meragam.
Saranan ini amat digalakkan kepada para bapa yang baru menimang cahaya mata pertama kali. Jangan kita fikir bayi kita perlukan sentuhan yang banyak daripada ibu sahaja. Bapa juga harus berganti- ganti menguruskan si bayi supaya ibu mendapat ruang masa menguruskan diri.
Emosi ibu, ayah dan anak yang stabil membina ikatan yang amat kuat.
Umi nak syorkan 5 cara ini dicuba oleh ibu dan bapa muda yang baru menimang cahaya mata dan bakal ibu bapa yang sedang menanti kehadiran orang baru dalam keluarga.