keibuan

Dilema bayi kuning, ibu ini gunakan pengalaman 4 orang anak bantu atasi bayi kuning di rumah.

kuning baby

Rutin seorang ibu bersalin

Dah menjadi kebiasaan selepas bayi lahir, rutin seorang ibu seawal keluar daripada hospital ialah hadir ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan diri (postnatal) bagi ibu dan pemeriksaan bacaan bayi kuning. Jadi terpisat – pisat la si ibu yang belum habis penat meneran berjalan perlahan langkah demi langkah dengan kain batik sambil mengendong si kecil mereka yang kadangkala sudah menampakkan rona kuning di mata, dahi dan leher.

Umi ni selalu pergi ke klinik kesihatan ibu dan anak sama ada membawa anak untuk check up bulanan atau mengambil perancang keluarga ( Bab perancang ni kita cerita entry yang lain ye). Jadi memang sambil dok tunggu giliran macam – macam ragam yang boleh kita nampak kan. Kadang – kadang tu I jadi minah sibuk juga. Bila tengok baby kena tolak masuk dalam troli, lepas tu nurse mula ambil darah dekat tumit baby, hah dengarlah baby tu mula berteriak. Menangis. Lepas tu si ibu pun dapat baby balik dan menunggu keputusan bacaan kuning.

Tunggu beberapa minit, nama bayi atau si ibu pun dipanggil. Masa nilah kita boleh tengok reaksi si ibu. Kalau result bacaan kuning tu cantik makin turun senyum je ibu tu. Tapi.. kalau bacaan kuning tu makin naik, nurse tu cakap esok datang lagi ye repeat bacaan, nampak la muka si ibu tu sedikit berkerut dan murung sekejap. Hahaha nakal kan kita. Umi faham je perasaan ibu yang kena ulang alik check bayi kuning. Keletihan lepas meneran, belum tentu lagi kepayahan menyusukan anak, berjaga malam dan paling derita kalau luka dibahagian bawah tu besar atau bersalin secara pembedahan.

Ilmu penyusuan

Semua ni sedikit sebanyak menggangu kan emosi seorang ibu lagi – lagi tengah berpantang. Pengalaman 4 kali bersalin sedikit sebanyak mengajar umi sangat penting kita sebagai ibu ni ada ilmu tentang bayi kuning ni. Cerita anak pertama umi, Ukasyah terus bertapa kat hospital sebab anakku disahkan menghidap g6pd. Yang ni confirm nak tak nak berkampung la kat NICU minimum 3 hari sebab doktor nak monitor kondisi baby.

“Bayi baru lahir perlu diperhatikan di dalam wad untuk suatu jangka masa kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (jaundis) yang tinggi dengan cepat, akibat daripada hemolisis berlebihan. Bayi yang kuning (jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.

Dr Fazila Kutty

Tapi baguslah, bila kena macam ni kita dapat ilmu yang baru. Takdela kita meroyan dekat hospital tu tak tentu hala mengenangkan bila baby nak keluar kan. Apa yang benda betul umi lakukan waktu ni ialah fokus untuk menguruskan diri macam berurut, rehat dan banyakkan susu badan so boleh la bagi susu banyak -banyak dekat baby dan kuning baby pun boleh keluar lagi banyak. Masuk anak kedua,Ubaydah dia ni umi boleh bawa balik rumah sehari lepas bersalin. Kira momen yang kita suka la kan. Cuma part baby kuning tu memang ada tapi alhamdulilah tak lama check up bacaan kuning tu. Telahan umi masa ni sebab umi dah mula pandai kan nak menyusukan anak dan kita memang tackle terus baby lahir je aku kena kerapkan menyusu baby.

Penting ambil tahu

Masuk anak ke 3 Sofiyyah, lahir sebelum seminggu nak masuk ramadhan 2017 (jenuh aku nak mengganti puasa korang) dia ni masuk NICU hari ke-2 lahir ke dunia ni. Sebab demam panas. Punca umi pun tak pasti tapi yelah cuaca sebelum ramadhan tu ya Allah panas lit lit kata orang utagha tu yang sampai demam tu kot. Susu I pun baru nak ada kan. Jadi dia macam dehydrate juga la. Kuning baby? of course ada dan dengan Sofiy ni (nama timangan) sampai dekat 2 minggu juga ulang alik klinik.

Masa tu mak datang dari Johor nak tolong jaga pantang. Mak tegur la kenapa tali pusat dia lambat putus. Mak I ni anak 8 orang so pengalaman dia banyak la kan uruskan baby. Mak kata bagi betul – betul kering hujung tali pusat dengan pusat tu supaya cepat sikit kering. Kan doktor bagi ubat kan untuk cuci tali pusat ni. Mak ajar bagi ubat cuci tu masuk sampai celah – celah dalam pusat tu and memang betul la cepat je putus tali pusat tu. Amazingly, memang lepas je tali pusat tu putus, dah tak payah pergi klinik check bacaan sebab dah turun banyak. Lagi satu juga, sebab budak Sofiy ni lama noo check up kuning sebab dia macam tak berapa kerap membuang air besar.

Susu kita ok dah banyak tapi mungkin proses pencernaan dia tak berapa ok lagi so macam tak selalu membuang dan masa tu umi baru je kenal dengan balm trub Tasneem. Yelah balm tasneem ni baru masuk pasaran hujung 2016 so baru nak famous la produk ni. Nak dijadikan cerita sempat la guna balm trub ni masa Sofiy kuning bayi dan alhamdulilah lepas sapu tu dia lagi kerap membuang dan banyak pulak tu. So konklusi umi juga masa tu, kadang – kadang kita dah ok supply susu dekat baby kita which is kita memang kerap dan bagi susu badan yang banyak dekat baby tapi kalau dia tak banyak dan kerap membuang macam mana nak bagi bilirubin yang menyebabkan bayi kuning tu nak keluar.

Benda alah tu hanya boleh keluar melalui najis sahaja. Itu yang kita nampak warna kuning dekat najis baby kita tu. tapi make sure juga cara penyusuan yang betul diberikan kepada baby kita. Takut – takut lekapan yang salah menyebabkan baby hanya menelan angin dan bukannya susu.

Pengalaman mematangkan

Hujung Ogos 2019 Umi disahkan hamil anak keempat. 30 April 2020 seawal pandemik Covid 19 menyerang negara lahirlah seketul Aseeyah Yusra pada hari ke 5 ramadan tak silap (kahkahkah gelak dekat diri sendiri yang kena ganti puasa, tak serik kan). Aseeyah ni umi pernah ceritakan kisah dia kena tahan NICU memang sebab dah nampak kuning bayi lepas beberapa jam lahir (baca sini). Walau bagaimanapun, umi lebih ready nak uruskan kuning baby Aseeyah ni daripada awal kelahiran dia lagi. Memang kali ini senjata umi nak kurangkan kuning bayi umi angkut siap – siap letak dalam beg.

Senjata itu ialah pam susu dan set turun kuning Tasneem.

bayi kuning

Alhamdulilah berkat pengalaman daripada 3 orang anak yang kesemuanya demam kuning sebelum ini, masuk anak keempat kita lagi cekap la orang kata. Syukur juga dah ada produk semulajadi macam Tasneem Naturel ni yang menjadi cara mengatasi bayi kuning di rumah. Lebih mudah, murah dan selamat berbanding nak kena sewa mesin fototerapi yang dekat tiga angka juga harganya. Sebenarnya lagi kesian dekat baby tu kena duduk bawah suhu lampu yang panas, tu yang habis kering kan kulit baby kita tu.

Set turun kuning

Set turun kuning Tasneem ni bukan benda yang pelik pun tau. Berasaskan essential oil yang telah melalui proses dilusi (dilute) dan sesuai digunakan kepada baby seawal hari pertama kelahiran, Trub balm berfungsi untuk membantu proses pencernaan supaya lebih banyak najis yang keluar bersama bilirubin. Calm balm pula membantu hati yang berfungsi memproses bilirubin bertindak dengan lebih efisien.

Hah itulah sebabnya ramai ibu bapa yang mencari set turun kuning ni untuk membantu turunkan bacaan kuning bayi. Dari yang masuk wad alhamdulilah keluar wad. Daripada dah nak kena blood transfusion, alhamdulilah tak jadi asbab menggunakan set turun kuning hanya dengan sapuan luar sahaja sekerap 2 jam sekali.

Bestnya, lepas kuning baby dan turun set tersebut boleh digunakan untuk mengelakkan baby kembung perut dan mengelakkan baby meragam supaya boleh la maknya teruskan berehat semasa berpantang.

Mencegah sebelum merawat

Berdasarkan pengalaman umi ini, memang disarankan kepada bakal ibu terutama ibu yang pertama kali untuk bersedia lebih awal dengan ilmu penyusuan dan set turun kuning ni. In syaa Allah kita mampu menguruskan bayi kuning dengan emosi yang lebih tenang dan menang!

Untuk mendapatkan set turun kuning boleh klik sini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
Your Cart