Ibu hamil JANGAN buat 4 perkara ini kalau TAK NAK MENYESAL!

  1. Pilih semua baju saiz Newborn.

    Itu kalau baby yang lahir comel je. Tapi kalau yang lahir berat macam anak – anak Umi; 3.6kg,3.5kg dan 3.2kg,alamak memang tak lama la pakai baju newborn tu. Lagi pula bayi – bayi sekarang bulat – bulat, mungkin kerana mendapat keperluan nutrisi yang cukup daripada ibu mereka.

    Jadi, berdasarkan pengalaman umi, seelok-eloknya besarkan sedikit saiz baju bayi yang kita pilih sebagai persediaan kelahiran bayi supaya boleh dipakai lebih lama. Oleh itu, dianjurkan pilihlah saiz 3-4 months atau 3 – 6 months.
  2. Banyak baju berjalan daripada baju harian.

    Selepas bersalin, sudah tentulah si ibu perlu berpantang sekurang – kurangnya 44 hari. Jadi, bila la pula ya hendak membawa si bayi keluar berjalan – jalan.

    Pada awal kelahiran bayi, mereka banyak membuang air BESAR yang kadang kala menyebabkan kebocoran! Jadi, lebih baik ibu bapa bersedia dengan baju harian yang banyak supaya tidak perlu kerap mencuci baju.
  3. Baju cantik tetapi susah untuk dipakaikan.

    Mudah sahaja untuk mengelakkan hal ini. Pilih baju yang berbutang di tengah supaya anda tidak perlu mengangkat leher bayi yang sudah tentu masih lembut. Bukan tidak boleh berbaju cantik cuma berikan tempoh masa untuk bayi anda beradaptasi dengan dunia baru mereka dan kemudian apabila mereka semakin membesar pakaikan apa sahaja baju cantik pilihan anda.
  4. Bahagian dalam yang kurang sesuai atau selesa.

    Hah! Kulit bayi pada waktu ini amatlah sensitif. Lebih – lebih lagi dengan cuaca yang semakin panas. Jika tidak diambil serius tentang penjagaan kulit mereka, mulalah si bintik merah keluar di permukaan kulit mereka.

    Pastikan baju diperbuat daripada material kain kapas yang tidak panas. Baju bintik – bintik kosong tu lagilah bagus untuk bayi anda. Pengudaraan yang banyak dan bayi anda tidak panas.

    Pengalaman yang umi takkan lupakan, dek kerana tersilap dan tidak ambil kisah dengan jenis pakaian yang dipakai bayi umi selepas lahir, suhu badannya meningkat dan dia mengalami demam panas sehingga ditahan di NICU.

    Aduh memang menakutkan jika difikirkan kembali. Taubat umi nak buat macam tu lagi sekali.

    Oleh itu, elakkan melakukan 4 perkara di atas supaya anda dapat berpantang dengan lebih tenang bersama bayi anda.
    .

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
Your Cart