keibuan

Bagaimana tanda bayi sembelit dan cara merawat supaya bayi anda tak lagi derita. Aduh kesiannya..

bayi sembelit

Aduh, dekat seminggu Ukasyah tak membuang. Risau la kita sebagai first time mom kenapa anak aku ni tak membuang air besar. Ukasyah minum susu badan secara esklusif. Rupa – rupanya pada 6 bulan pertama kelahiran bayi yang minum hanya susu ibu, tidak kerap membuang air besar bukan bermakna bayi sembelit. Umi baru tahu tentang fakta ini selepas membawa Ukasyah berjumpa dengan doktor.

Tanda bayi sembelit

Hah kalau minum susu formula dan tidak membuang air besar selama seminggu itu baru masalah yang serius. Bukan nak menganaktirikan susu formula tetapi kita kena faham susu ibu memang mudah diserap oleh sistem penghadaman bayi berbanding susu formula yang mempunyai tekstur yang lebih kompleks. Jadi, kalau bayi kita minum susu formula dan tidak kerap membuang air besar itu mungkin tanda bayi sembelit dan perlu diambil perhatian oleh ibu bapa.

Sepatutnya bayi yang minum susu formula kerap membuang air besar. Selain itu bayi yang mula diperkenalkan dengan makanan separa pepejal pun ada potensi untuk sembelit. Itu yang bila anak dah mula masuk 6 bulan alahai risaunya hati tu sebab dia mungkin akan mengalami kesukaran membuang air besar kalau tidak diawasi dengan baik. Cuba kita tengok tanda- tanda sembelit bayi:

  1. Kekerapan buang air besar : Kalau nampak jarang je buang air besar lepas kita perkenalkan susu formula atau makanan separa pepejal dan najis yang keluar ialah najis yang keras ada kemungkinan bayi sembelit.
  2. Menahan: Bila dia nak membuang air besar merah padam muka, berkerut dan kelihatan tegang, ia mungkin tanda sembelit.
  3. Darah: Nampak garis – garis darah merah di atas najis bayi, boleh jadi bayi ada kesukaran ketika proses buang najis dan menyebabkan luka di sekeliling dubur.
  4. Perut keras: Perut keras boleh menjadi tanda sembelit bayi. Yang tak bestnya, kembung dan tekanan yang disebabkan sembelit boleh menyebabkan bayi kita cepat berasa kenyang.
  5. Hilang selera makan: Ini berlaku disebabkan perut yang dah tak selesa dan kembung.

Cara merawat bayi sembelit

Kalau sudah nampak beberapa tanda di atas, eloklah kita cari cara untuk merawat bayi sembelit. Ya Allah kalau orang dewasa tak membuang sehari dua pun hati tak keruan. Inikan pula bayi kita yang masih kecil. Sudahnya, dia pun akan terus meragam dan kita sebagai orang dewasa tak dapat berehat. Oleh itu, jom cuba cara -cara merawat sembelit bayi ni.

#1. Cara merawat sembelit bayi dengan menukar susu formula.

Bagi bayi yang minum susu formula, kalau dah mula nampak bayi tak membuang setiap hari seelok – eloknya tukarlah susu formula lain. Alahan kepada bahan – bahan yang tertentu yang terkandung dalam susu formula itu boleh menyebabkan sembelit bayi.

#2. Cara merawat sembelit bayi dengan makanan berserat tinggi.

Anak dah mula makan pada seawal usia 6 bulan, mestilah mak paling teruja sebab masa ini anak dah boleh merasa nikmatnya pelbagai rasa yang ada di dunia ni. Awal – awal ni pelbagai resepi kita cuba. Tapi baru tahu ada sesetengah makanan boleh menyebabkan sembelit. Jadi cuba tambahkan beberapa makanan berserat tinggi ini dalam makanan bayi:

  • Brokoli
  • Buah Pear
  • Prun
  • Buah Peach
  • Epal tanpa kulit
  • Oat
  • Barli
  • Quinoa
Teruja betul dapat suapkan Ubaydah dah 6 bulan makan

Kurangkan memberi bijirin yang diproses seperti nasi. Roti atau biskut bijirin penuh juga dapat mengatasi sembelit. Banyakkan juga sayur -sayuran dan buah – buahan untuk mengelakkan sembelit bayi.

#3. Banyakkan kuantiti air untuk merawat dan mengelakkan sembelit bayi.

Memastikan hidrasi yang tinggi dalam badan sangat penting untuk melancarkan proses membuang air besar. Disebabkan hal itu, pengambilan cecair seperti susu dan air sangat baik untuk mengelakkan bayi kita dalam keadaan terhidrat ( kekurangan air). Untuk bayi lebih 6 bulan, pemberian jus prun atau pear sekali sekala boleh mempercepatkan kontraksi kolon bayi sekaligus mempercepatkan proses membuang air besar.

Namun untuk bayi bawah 6 bulan, pastikan mendapat nasihat dan pandangan doktor sebelum memberikan apa – apa kepada bayi selain susu ibu atau formula.

#4. Senaman kayuh basikal

Bayi yang banyak bergerak akan membantu mempercepatkan proses pencernaan dan seterusnya membantu pergerakan di dalam usus. Apabila dah nampak anak umi gaya – gaya susah membuang atau tanda nak sembelit umi akan mengerakkan kedua – dua belah kakinya seperti pergerakan kayuhan basikal. Senaman ini dibuat terutama kepada anak yang belum pandai berjalan.

#5. Urutan ILU

Lakukan urutan lembut di bahagian perut bermula di bahagian kiri badan bayi. Cara ini membantu merangsang pergerakan usus. Ulangi urutan ini yang membentuk huruf I L U beberapa kali sehari sehingga bayi kita boleh membuang air besar.

Boleh tengok di sini cara urutan ILU

#6. Terapi sapuan essential oil

Penggunaan essential oil atau minyak pati juga dikatakan boleh membantu mengurangkan sembelit bayi. Namun, pastikan essential oil yang ingin digunakan sudah dilute dan sesuai digunakan pada kulit bayi. Molekul essential oil yang mudah meresap akan pergi ke sistem limpik dan kemudian menghantar isyarat kepada sistem pencernaan untuk memproses nyahtinja bayi dengan lebih baik. Kalau balm Trub Tasneem yang menggunakan 100% minyak pati atau eo ini memang selamat untuk bayi sehingga dewasa dan telah disahkan KKM.

Untuk umi memang menjadi rutin setiap kali lepas mandi akan menyapu Trub balm Tasneem dekat perut dan tapak kaki bayi dengan teknik urutan ILU untuk memudahkan proses membuang air besar. Dengan bau yang wangi dan tidak panas, serta terdapat campuran eo halia, eo serai dan banyak eo yang lain kita boleh tengok kesan bayi kita mudah membuang air besar dan tidak sembelit seawal 15 ke 30 minit kita menyapukan balm ini.

Apa kebaikan eo yang terdapat dalam balm Trub ini?

eo halia elak sembelit bayi
EO Halia membantu masalah kembung perut dan ketidakselesaan perut
eo serai elak sembelit bayi
Eo Serai membantu mencegas pembentukan gas berlebihan dalam perut
Eo Peppermint membantu masalah ketidakhadaman dalam perut

Banyak lagi eo yang terdapat dalam balm trub ini seperti eo kulit bunga lawang, eo juniper, eo tangerine dan eo fennel. Seronok tengok keberkesanan yang orang lain beri asbab guna trub balm ini untuk sembelit bayi. Jom kita tengok.

bayi sembelit
Alhamdulilah dengan sapuan trub balm sembelit berkurang dari seminggu ke 2 ke 3 hari.
bayi sembelit
Terus anak nak membuang air besar dan najis jadi lembut
bayi sembelit
Berak sampai puas dah tak sembelit

Semoga entri ini membantu ibu bapa yang sedang mencari cara mengatasi sembelit bayi. Kesian kan bayi kita tu meneran sampai merah muka. Kita juga sebagai parent yang letih dan tidak dapat berehat bila anak meragam disebabkan sembelit. Jadi selesaikan secepat mungkin masalah ini. Jika ingin membuat pertanyaan lanjut boleh tekan ke link wasap atiqah tau.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
Your Cart