selsema batuk bayi

Selesema dan batuk merupakan gejala yang biasa kerap menjangkiti bayi. Jika secara purata, golongan dewasa biasa mengalami selesema 2 ke 5 kali jangkitan setahun, kanak – kanak dan bayi pula mengalami jangkitan pada kadar yang lebih tinggi. Secara semula jadinya, batuk dan selesema merupakan mekanisme pertahanan diri untuk mencegah jangkitan kuman.

Faktanya, batuk dan selesema tidak akan merosakkan paru – paru dan rongga hidung malah ia membantu membersihkan paru – paru dan saluran udara bayi daripada bendasing yang telah memasuki rongga hidung dan tekak melalui tindakan refleks tersebut.

PUNCA

Tetapi, persoalannya apakah punca yang menyebabkan selesema dan batuk menjangkiti bayi?

Ini punca – puncanya:

1. Virus (yang kerap ialah Rhinovirus dan Coronavirus) yang menjangkiti saluran pernafasan atas kawasan hidung, tekak dan laring.

2. reaksi alahan (habuk,asap, debunga,wangian dan bulu haiwan)

3. faktor cuaca yang terlalu panas atau sejuk

4. imunisasi badan yang masih rendah

LANGKAH PENCEGAHAN

Bagi bayi yang masih belum makan, menyusukannya dengan kerap merupakan satu cara terbaik melindungi kesihatannya terutama bayi yang masih minum susu ibu. Hal ini disebabkan bayi yang menyusu susu ibu akan berpeluang mendapat antibodi yang sama yang dikeluarkan oleh ibunya.

Ibu bapa juga boleh menjauhkan bayi daripada individu yang sakit dengan tidak membawa bayi menziarahi orang yang sakit. Ahli keluarga yang ingin mendukung bayi juga boleh membasuh tangan dahulu sebelum menyentuh bayi atau barangnya.

Selain itu, elakkan bayi daripada terdedah dengan persekitaran merokok.

Jika bayi sudah makan, tambahkan nutrient – nutrient yang boleh meningkatkan metabolisme badan mereka untuk melawan penyakit.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
Your Cart