Ibu mengandung dan bersalin tak kira musim. Bersilih ganti. Bukan orang jauh pun. Di sekeliling kita sahaja. Silap – silap kitalah orangnya yang tengah mengandung ataupun dalam hari berpantang.

Umi telah melaluinya 3 kali. Sesungguhnya proses mengandung, bersalin dan berpantang ialah proses yang menekan emosi jika tidak diuruskan dengan baik. Sebab itu Allah menjanjikan ganjaran sebesar – besarnya kepada insan yang sanggup berkorban ini.

IBU itulah nama keramatnya.

Bagi Umi sendiri, berpantang kali ke tiga sedikit berbeza dengan yang pertama dan yang kedua. Mungkin sedikit lebih arif dan berpengalaman apabila bilangan anak bertambah.

Mungkin juga disebabkan Umi mengambil ‘pembantu kecil’. Kit kecemasan yang menjadi solusi kepada permasalahan selalu para ibu dalam menguruskan anak kecil dengan izin Allah.

Bayangkanlah, sering kali waktu malam yang sepatutnya waktu tidur dan berehat tidak dapat kita nikmati. Sudahlah badan masih lemah dan letih, kini waktu tengah malam kita terpaksa dikorbankan kerana anak meraung dan meragam. Tetapi dengan penggunaan balm Calm Time dan Sleep Time yang mempunyai kandungan minyak pati geranium, lavender, bergamot dan cedar yang bersifat melegakan tekanan, memberikan mood relaks dan mengimbangi hormon, nampak anak Umi mudah tidur dan kurang meragam.

Cuma sapukan nipis – nipis balm Calm Time selepas mandi dan balm Sleep Time sebelum tidur pada kedua – dua celah belakang telinga, nadi tangan, tapak kaki dan belakang badan si bayi, kita mungkin tidak menjangkakan kesannya pada bayi yang melegakan perasaan kita sebagai ibu.

Selain daripada kedua – dua balm daripada Set Sweet Dream, balm T-rub dengan kandungan minyak pati halia dan serai membantu perut bayi lebih selesa dan tidak kembung. Alhamdulillah, jarang sekali anak Umi kembung perut semasa tempoh berpantang. Kandungan eo yang ada membantu ketidakhadaman dan membuang angin dalam perut. Seronok rasanya memegang perut anak yang lembut apabila disapu dengan balm T rub pada perut dengan tenik urutan I LOVE U dan pada tapak kaki. Sedar – sedar bunyi trumpet yang keluar. Leganya si anak.

Sesungguhnya tempoh berpantang bukan sepatutnya dilalui dengan hati yang penuh kerisauan dan kepenatan. Kalau kita bijak membuat pilihan.

Percaya atau tidak, ketenangan anak sangat bersangkut paut dengan ketenangan ibunya.

Jadi, jika si ibu sudah letih dan penat terutama keadaan emosinya, bagaimana kita boleh memberikan jaminan bayi kita tidak akan meragam dan menangis sepanjang masa?

Carilah jalan keluar kepada permasalahan bayi kita. Tempoh berpantang perlu diuruskan dengan baik dan bijak.

Proses membesarkan anak patut menjadi momen yang menyeronokkan untuk diingati.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
Your Cart