Memandang bunga pasti buat semua wanita teruja. Tentunya EMOSI mereka juga dalam kondisi yang stabil.

Tahukah anda kesihatan anak dalam kandungan terkait dengan emosi ibu. Emosi yang tidak stabil akan menjejaskan kesihatan bayi. Ibu yang mengandung amat memerlukan perhatian daripada orang di sekelilingnya.

Mengapa emosi ibu mengandung cepat sensitif dan cepat terasa?

Secara umumnya, perasaan marah dan kecewa yang menyerang ibu hamil disebabkan dua faktor.

Pertama kerana perubahan hormon. Kedua kerana perubahan tubuh yang menimbulkan rasa kurang senang.

Oleh itu, orang di sekeliling mereka seperti suami dan keluarga terdekat perlu banyak memberikan sokongan supaya ibu hamil berada dalam emosi yang stabil. Lebih – lebih lagi pada trimester pertama atau ini merupakan pengalaman pertama kali ibu hamil.

Antara sokongan yang boleh diberi ialah:

  1. Motivasi atau kata – kata semangat
  2. Urutan dan aromaterapi

Semoga Allah menghapuskan dosa atas kesabaran yang diberikan oleh para ibu mengandung kerana pengorbanan mereka.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
Your Cart