Jom Rai kongsikan cara betul memilih sabun mandi bayi.
5 Cara Betul Memilih Sabun Bayi
- Pilih sabun bayi lembut
Lembut di sini bermaksud sabun bebas dari sebarang bahan kimia berbahaya. Paling asas pastikan sabun tidak mengandungi Paraben & SLS (Sodium Lauryl Sulfate).
Penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan keradangan kepada kulit bayi, kemerah-merahan, alergi dan gatal-gatal.
- Elak beli sabun yang ada buih berlebihan.
Kebiasaannya sabun yang ada buih berlebihan ni ada tambahan bahan kimia yang mungkin membahayakan kulit bayi.
Lagipun bayi kita tidak la sekotor mana jika dibandingkan dengan orang dewasa yang perlukan buih untuk hilangkan daki-daki tu. Jadi pilih yang tidak terlalu berbuih untuk bayi kita.
- Jangan pilih sabun mandi bayi yang ada wangian sintetik
Wangian sintetik ini kebiasaannya mengandungi bahan kimia kasar yang berbahaya untuk bayi.
Alaa, bau baby tu sendiri tu pun dh wangi kan?
4. Pastikan berlabel hypoallergenic untuk bayi berkulit sensitif.
Untuk bayi yang ada masalah kulit sensitif, ekzema mahupun kulit kering, pastikan pilih sabun yang berlabel “hypoallergenic”
Maksudnya “tidak mungkin beri reaksi allergic”
5. Baca kandungan sabun.
Jauhkan dari sabun yang mengandungi alkohol, glicol, propylene, paraben, SLS dan dan bahan kimia lain.
Ibu dan ayah boleh la periksa dulu di internet bahan-bahan dilabel sabun sebelum membeli. Kalau tidak bayi kita pula yang tanggung deritanya.
Pilihlah sabun yang diperbuat dari bahan semula jadi macam mandian tasneem ni yang dijamin selamat untuk bayi. Bukan itu sahaja, bayi pun jadi tenang dan kurang meragam. 😊
Syok kan bila bayi mudah dijaga?
Suka tips ni? Boleh like dan share.