Sedar tak sedar sudah berlalu trimester kedua dan kini trimester terakhir menghampiri.

Kandungan semakin membesar dan inilah juga masa yang sesuai untuk anda menyediakan kelengkapan si bayi apabila lahir kelak.

Aduh!

Hah, mulalah tu dilema yang lain. Pening kepala untuk menyediakan kelengkapan yang mana.

Jantina bayi pun tak pasti lagi..
Berapa helai pakaian yang nak dibeli?
Jenama mana yang berbaloi untuk dipilih?

Dalam dilema dan keliru tu… Raikan juga rasa keterujaan untuk membeli kelengkapan baru bayi anda.

3 Tips membeli barangan bayi jika mengandung anak sulung:

  1. Beli pakaian yang baru sekurang – kurangnya 7 pakaian siang dan 7 pakaian malam.
  2. Beli pakaian unisex (sesuai dipakai lelaki dan perempuan) supaya boleh digunakan oleh anak seterusnya di kemudian hari.
  3. Jangan terus membeli peralatan bayi yang canggih dan mahal kerana rugi jika bayi anda tidak serasi menggunakannya. Contohnya botol susu.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
Your Cart