Tersenguk sengak bunyi hidungnya setiap kali menyusu.

Apabila susah bernafas dia menunjukkan tanda tidak selesa.

Tidurnya pun jadi tak lena dan merengek setiap masa.

Akhirnya berkumandanglah teriakan tangisan si kecil anda.

Stress kan?

Pakar kanak – kanak menganggarkan bahawa dalam masa 2 tahun pertama bayi anda akan menghidapi selesema sebanyak 8 hingga 10 kali. Sudah pasti episod berjaga malam yang panjang dan keletihan.

Bayi kerap mengalami jangkitan selesema ini kerana imunisasi badan mereka hanya berfungsi sebanyak 60%. Ia berpunca daripada serangan virus yang disebarkan melalui udara dan air menjangkiti saluran pernafasan bayi.

Oleh itu, anda sebagai ibu bapa harus bijak merawat selesema bayi ini.

Sebenarnya cara paling cepat untuk merawat selesema ini ialah dengan membawa bayi anda ke klinik. Kemudian doktor akan memberikan ubat selesema. Tetapi, pada pandangan Umi, kesian pada si bayi yang baru berumur beberapa bulan itu perlu minum ubat klinik. Kalau berjumpa dengan doktor yang prihatin, kadangkala mereka juga mengesyorkan untuk menggunakan cara semula jadi untuk merawat selesema bayi.

Jadi, Umi ingin  kongsikan di sini #5 cara semula jadi yang ibu bapa boleh lakukan sendiri di rumah untuk melegakan ketidakselesaan selesema bayi anda. Cara ini Umi dapat hasil daripada pengalaman membesarkan 3 orang anak kecil Umi.

Cuba 5 cara ini.

#Cara 1: Tinggikan kepala tilam bayi anda.

Jika hidung bayi anda tersumbat, tinggikan kepala tilamnya dengan meletakkan tuala di bawahnya. Jika bayi tidak pandai meniarap lagi, ngiringkan badannya supaya dia lebih mudah bernafas. Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi ( ia boleh menyebabkan mati lemas) dan jangan meletakkan bantal di bawah tilam.

#Cara 2: Guna essential oils.

Essential oil ialah pati semula jadi yang diekstrak daripada  tumbuh – tumbuhan. Essential oils seperti tea tree, eucalyptus dan Cypress terbukti dapat pecahkan lendir atau mucus dan bersifat anti bakteria. Semestinya pilihan essential oils Umi iaitu Cf-Rub daripada Tasneem Naturel. Mudah sahaja kerana essential oils nya sudah siap diblend dan tinggal disapu nipis-nipis pada batang hidung, dada, tapak kaki dan belakang badan. Tidur anak Umi pun lebih lena kerana ada essential oil lavender dalam balm bayi ini. Kini Tasneem Naturel juga telah mengeluarkan produk Cf-Bath iaitu mandian head to toe untuk mencairkan kahak dan menurunkan suhu. Produk ini dikatakan cepat memberi kesan kerana disapu rata ke seluruh badan semasa mandi,

#Cara 3: Mandian berwap

Jika ada pengewap kabut dingin gunakan untuk melembapkan udara. Atau bawa bayi anda ke bilik mandi bersama anda, buka air panas atau pancuran mandi, tutup pintu dan duduk dalam keadaan berwap tersebut selama 15 minit. Jangan lupa menukar pakaian bayi anda selepas mandi wap.

#Cara 4: Tepuk percussion

Untuk melakukan teknik ini, terdapat beberapa posisi yang perlu dilakukan. Bagi bayi tepukan dengan menggunakan dua jari sahaja sudah mencukupi kerana jantung bayi masih kecil manakala untuk yang berusia setahun ke atas boleh menggunakan tenik cupping iaitu tapak tangan dibentuk seakan cawan (ada lubang di tengah) dan menggunakan kekuatan dari pergelangan tangan dan tepuk perlahan di belakang badan anak anda dan beberapa bahagian badannya. Seeoknya, alaskan kain supaya bayi anda tidak sakit semasa membuat rawatan ini.

Teknik ini berupaya melonggarkan kahak dan mucus yang terlekat pada salur pernafasannya. Berdasarkan pengalaman Umi teknik ini lebih berkesan jika bayi kita disapu dengan balm bayi, dan ditanggalkan baju hanya dilitupi tuala pada badannya. Kemudian teknik percussion dibuat apabila muka anak dihadapkan pada wap air yang bercampur dengan bawang putih yang telah dilenyek sedikit.

Seawal beberapa minit anak anda mungkin akan muntah kahak atau mengeluarkan hingus yang banyak melalui hidungnya. Memang melegakan.

#Cara 5: Urutan bayi.

Jom kita rujuk langkah – langkah untuk membuat urutan melegakan selesema bayi. Ibu bapa pun boleh membuat urutan yang sama jika mengalami gejala selesema ini. Apa yang penting, lumurkan dahulu balm bayi/minyak urut pada jari sebelum urutan dibuat.

Balm Cf – Rub Tasneem Naturel tidak panas dan tidak melekit, sesuai untuk bayi seawal usia newborn dan mendapat pengesahan KKM.

Langkah 1: Letak tangan anda pada dada bayi. Buat urutan bentuk jantung secara perlahan- lahan dan lembut pada dada bayi. Tenangkan bayi anda dengan berselawat atau berzikir semasa urutan dibuat.

Langkah 2: Urut bahagian dada anak dengan gerakan tangan yang menyilang pula. Lakukan ini secara berganti-ganti di antara menyilang ke kanan, ke kiri, ke bawah dan ke atas.

Langkah 3: Letakkan kedua-dua jari telunjuk pada bahagian atas hidung. Urut dengan perlahan dari atas ke bahagian bawah mata, hingga ke belakang telinga, dan berakhir di leher. Ulang sebanyak 3 kali.

Tips paling utama, Tarik nafas dan tetap bertenang!

Jangkitan selesema ini bukan perkara yang teruk cuma ia perlu diuruskan dengan baik. Apabila ada virus, imunisasi bayi kita akan menjadi bertambah kuat kerana antibodi dihasilkan. Apa yang paling penting, ibu bapa perlu bersabar sedikit sehingga kesihatan bayi anda pulih semula.

Jom try cara di atas. Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi umi tiqah di sini

Anak sihat Ibu Gembira

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
Your Cart