bayi susah tidur

Tidur malam yang tak lena semasa mengandung ingatkan boleh settled lepas bersalin. Rupa – rupanya bersambung pulak apabila baby dah lahir. Ya Allah! Deritanya rasa berjaga sepanjang malam menenangkan baby yang tak nak tidur tu. Situasi lagi teruk kalau baby kita tu kombo sekali menangis tak henti – henti. Rasa tertekan sangat – sangat.

Dilema berpantang

Itu yang ada para mommies ni risau sangat waktu berpantang jadi macam tu. Rasa takut nak hadapi saat macam ni. Umi dulu pun macam ni juga. Lagi la anak pertama, Ukasyah tu pengalaman kita tak ada. Bergilir la dengan abi menjaga Ukasyah yang tak nak tidur malam. Kejap disusukan, kejap digendong, kejap diurut perut, tak pejam juga mata selagi tak masuk pukul 5 ke 6 pagi.

Masa ni macam – macam la dalam fikiran tu. Anak aku kena kacau ke, tapi sokmo bacaan quran tu tak stop. Sentiasa letak dekat dengan telinga baby. Tapi tak berhenti juga tangisan tu. Kalau tak nak tidur je takpe, yang ini melalak sekali. Kadang tu sampai termuntah sebab banyak dah disuakan susu badan tu. Keadaan masih tak reda.

Fahami keadaan tidur bayi

Sebenarnya sebagai ibu bapa kita perlu banyak mendalami ilmu tentang tumbesaran bayi kita. Bila ada ilmu barulah kita fahami setiap situasi yang berlaku kepada bayi kita normal ataupun tidak. Mengikut pembacaan umi terhadap cara tidur bayi terutama yang baru dilahirkan perkara ini ialah biasa dan perlu difahami sebagai normal:

  • Bayi yang bangun setiap malam untuk disusukan (lebih baik daripada tidur sepanjang malam kerana boleh mengelakkan daripada SIDS)
  • Bayi yang hanya tidur dalam gendongan ibunya, atau di atas pram, baby carrier atau carseat
  • Bayi yang berjaga sepanjang malam kerana tidak selesa, gigi baru hendak tumbuh, lonjakan pertumbuhan (growth spurt), perasaan tidak tenang kerana tidak didakap ibunya, atau mungkin sedang sakit
  • Bayi yang terjaga di tengah malam tetapi mengambil masa yang lama untuk tidur semula
  • Bayi tidur lewat
  • Bayi yang tidur bukan dalam jumlah yang disyorkan
  • Bayi yang tidak mahu tidur kalau tidak disusukan

Bila kita ada ilmu tentang situasi tidur bayi kita, ini akan membantu minda kita lebih bersedia dan tenang untuk menghadapi situasi ini.

Apa yang boleh dilakukan?

Tipu jika kita katakan tak letih nak menghadapi situasi begini. Bayi kurang tidur atau langsung tidak mahu tidur! Lebih – lebih lagi ibu yang baru jarak semingu ke dua minggu selepas bersalin. kesihatan sepenuhnya belum pulih ditambah pula tidur yang tidak cukup.

Namun, perkara ini boleh diselesaikan jika diurus dengan baik. Pengalaman umi sendiri pernah mengalami situasi baby tak nak tidur malam. Bila anak dah bertambah, kita mula belajar cara nak menguruskannya. Ini antara cara yang umi buat untuk menghadapi masalah seperti ini:

  1. Uruskan diri sendiri dahulu

Sangat penting untuk kita sebagai ibu ini untuk pastikan kita selesa, perut kenyang, dapat rehat walaupun sekejap dan tidur sebentar. Ini membantu emosi kita untuk ‘handle’ baby kita yang susah tidur malam atau berjaga sepanjang malam.

2. Bergilir – gilir dengan suami, pihak kedua yang bersama dengan kita semasa tempoh berpantang

Support system sangat penting waktu tengah berpantang. Lagi jika baru bersalin anak pertama. Kalau boleh jangan berpantang sendirian jika tidak mempunyai pengalaman menguruskan bayi baru lahir seorang diri. Apabila ada orang lain seperti suami, ibu, adik atau confinement lady, mereka boleh membantu menguruskan bayi kita yang tidak mahu tidur sementara kita mengambil peluang untuk tidur sekejap, berehat atau menguruskan diri.

3. Bantu dengan aromaterapi atau essential oil

Sekarang banyak dah alternatif kepada masalah seperti susah tidur diselesaikan dengan aromaterapi atau essential oil. Cara ini nampaknya lebih selamat dan tidak meninggalkan kesan sampingan seperti makan ubat tidur. Lagilah pulak baby kita yang baru lahir tu. Takkan nak diberi ubat tidur pulak kan. Sleep balm dan sleepy pillow mist daripada Tasneem Naturel yang banyak umi gunakan untuk bantu anak tidur.

Essential oil seperti lavender, charmomile dan cedarwood terbukti membantu memberikan relaksasi kepada badan dan menyeimbangkan hormon jaga dan hormon tidur. Cara penggunaan sleep balm ialah hanya sapuan luar pada nadi tangan, tapak kaki, tulang belakang dan celah telinga manakala untuk sleepy pillow mist, semburkan pada bantal dan tilam baby sebelum bayi ditidurkan.

4. Mandikan bayi dengan air suam dicampur mandian lavender dan tukarkan baju sebelum tidur.

Mandikan baby malam – malam? Apa salahnya kan kalau membantu bayi anda tidur lena waktu malam. Usaha yang sedikit tetapi kesan yang berbaloi. Disarankan guna air suam yang dicampur dengan mandian berasaskan lavender. Macam umi guna mandian rose lavender daripada Tasneem Naturel. Selepas mandi dan berendam, lap badan bayi dan sapukan calm balm untuk bantu baby tenang dan trub balm untuk mengelakkan ketidakselesaan perut.

mandian bayi bantu tidur

Semoga pengalaman umi ini membantu para ibu yang sedang mencari solusi bayi susah tidur dan meragam waktu malam. Untuk mendapatkan set sweet dream Tasneem Naturel boleh klik link di sini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
Your Cart