Nak penuhi kesihatan fizikal anak? Mudah sangat!
.
Yelah, beri sahaja makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal.
.
TAPI NAK PENUHI KESIHATAN EMOSI MEREKA, INI YANG MAK AYAH PERLU FAHAM DULU:
.
1. Peka dengan tahap perkembangan anak supaya kita meletakkan limitasi terhadap expectation kita.

2. Galakkan anak kita untuk express perasaan mereka; marah, sedih, takut, sakit dan kecewa dan Beritahu mereka semua orang mengalami perasaan yang sama. Tetapi orang yang hebat ialah orang yang boleh mengawal perasaan mereka secara positif.

3. Beri telinga kita kepada anak. Dengan kata lain, dengar dulu apa yang anak kita ucapkan. Dan balaslah dengan laras bahasa dan contoh yang mudah difahami oleh anak.

4. Sediakan ruang komunikasi yang selesa dan selamat untuk anak. Selamat dengan maksud anak memberikan kepercayaan mereka kepada kita untuk membantu mereka menyelesaikan masalah dalam kehidupan mereka.

5. Sudahkah kita menunjukkan contoh yang baik kepada anak? Boleh jadi inilah punca anak tidak meletakkan kepercayaan mereka kepada kita. Pendidikan melalui teladan.
.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
Your Cart