Pengalaman pertama kali menyusukan susu badan.
“Mampukah aku menyusukan bayi di awal kelahiran sehingga cukup 2 tahun?”. Persoalan ini pasti akan bermain di minda para ibu muda terutama pertama kali melahirkan anak.
Ini juga terjadi pada saya 7 tahun yag lepas. Selepas bayi saya dilahirkan, jururawat meletakkannya di pangkuan untuk disusukan buat pertama kali. Kekok pergerakan saya waktu itu. Pertama kali menyuakan puting ke bibir mungil itu, beberapa kali saya membetukan posisi.
Sedihnya susu tak ada
Waktu itu hanya suami yang menemani. Sehinggalah saya dan bayi dipindahkan ke wad biasa, saya merasakan tidak ada susu yang keluar dari puting payudara. Kerisauan mula melanda diri. Beberapa kali saya cuba memicit payudara tetapi tidak ada setitik susu pun yang keluar.
Disebabkan bayi saya mengalami penyakit g6pd, selepas dilahirkan dia di tahan di wad kecemasan kanak – kanak (NICU). Hospital tempat saya bersalin (Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom Kluang) amat menekankan penyusuan susu ibu. Malah disediakan home room untuk para ibu tinggal sementara menunggu bayi mereka pulih. Dengan itu, para ibu boleh menyusukan anak secara esklusif tidak kira waktu.
Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk tinggal di home room tersebut walaupun jarak rumah saya dengan hospital sangat dekat . Hal ini bagi membolehkan saya menyusukan anak secara sepenuhnya.
Positif! Aku mampu menyusukan.
Air susu yang tidak keluar tidak melemahkan semangat sangat yang nak susukan anak secara esklusif di awal kelahirannya. Saya cuba menenangkan diri dan positif bahawa saya juga mampu menyusukan bayi seperti para ibu yang lain. Lantas, saya mencari langkah terbaik cara banyakkan susu badan.
Petang itu, saya pulang ke rumah sebentar untuk proses berurut selepas bersalin. “Susu adik dah banyak ke?”, bidan bertanya kepada saya semasa sesi berurut.
Rupa – rupanya bidan tersebut dah biasa mengurut ibu bersalin sebagai cara banyakkan susu badan. Lantas dia mengurut bahagian ketiak saya yang dikatakan ada kaitan dengan urat susu badan. Saya hanya mengikut rentaknya kerana tidak tahu apa – apa.Aduh, sakitnya tidak terkira apabila dia mengurut di bahagian ketiak tersebut.
Tambahan pula, waktu itu puting saya sudah mula merekah dan berdarah kerana paksaan yang saya lakukan sebelum ini untuk menyusukan bayi.
Ini cara banyakkan susu badan melalui pemakanan
“Umi, along risau la susu badan tak banyak je, macam mana nak susukan Ukasyah”, saya menyuarakan kebimbangan kepada ibu saya.
“Biasa tu long, first baby. Nanti umi cari lobak putih, orang kata boleh banyakkan susu badan.
Selain itu, saya turut meluangkan masa mencari cara banyakkan susu di laman sesawang bagi menyelesaikan masalah yang saya alami. ini antara cara banyakkan susu melalui pemakanan:
1. Minum banyak air kosong 2 hingga 3 liter sehari
2. Amalkan pemakanan herba seperti halba dan jintan hitam
3. Makan oat
4. Makan makanan sunnah seperti kuram, kismis dan madu. Yang ini saya suka blendkan dengan susu dan badam mengikut resepi ini
- 7 biji kismis
- 7 biji kurma
- 7 biji badam
- sedikit madu
- susu fullcream1L
*boleh tambah sedikit halba jika suka
-Blendkan semua bahan di atas dan diminum sekerap mungkin
5. Lebihkan sayuran dan buah – buahan
6. Minum susu kambing Aufa Mama yang mengandungi makanan sunnah, habbatus sauda, delima dan sarang burung. Boleh dapatkan di sini atau tekan link ini.
Cara banyakkan susu melalui emosi yang tenang, positif dan jadual penyusuan
Ada yang memberi tips sewaktu menyusukan anak, pasang lagu yang anda suka atau lebih baik alunan ayat quran bagi yang muslim. Bila tenang dan rileks akan banyakkan susu badan. Selain tu, kita kena kerapkan menyusu bayi tidak kira waktu. Ini kerana, sifat susu badan hanya akan bertambah jika permintaan (demand) banyak. Suami pun kena supportive dengan berikan kata semangat kepada isteri. Ada masa suami bantu urut badan yang lenguh ni barulah rasa selesa dan tenang.
Cerita pasal benda ni, kadang – kadang lenguhkan menyusukan anak. Saya suka posisi berbaring. Tapi jaga – jaga. Pastikan ada ruang antara mulut dan hidung baby dengan dada anda. Yang ni kita risau tengah menyusu baby, terlena dan tertindih baby sehingga lemas. Ya Allah minta dijauhkan. Posisi berbaring ni kurang melenguhkan sebab baby saya suka menyusu sehingga 1 jam lebih kalau tak dilepaskan puting tu sendiri. Apa yang penting berikan susu secara lebih kerap 10-12 kali sehari dalam tempoh 24 jam. Barulah hormon prolaktin dirangsang untuk hasilkan lebih banyak susu.
Untuk orang sekeliling, janganlah memberikan kata negatif kepada para ibu yang sedang bertungkus- lumus susukan baby secara esklusif. Minda ibu yang positif akan membantu banyakkan susu badan. Untuk banyakkan susu badan kaedah power pumping juga bagus sebagai teknik urutan kepada payudara ibu. Jika dilakukan secara kerap ibu yang menyusukan anak secara esklusif dan bekerja akan boleh memenuhi permintaan susu bayi anda.
Apakah itu teknik power pumping?
Power pumping adalah satu teknik di mana pam susu digunakan untuk memaksa susu keluar seakan – akan sedang menyusukan baby dan secara tidak langsung akan banyakkan susu badan. Cara power pumping ini tidak akan membantu untuk meningkatkan susu ibu jika penggunaannya terlalu kerap. Sebenarnya, teknik ini sangat sesuai jika digilir – gilirkan ketika menyusukan bayi.
Terdapat 2 jenis pam susu yang terkenal di kalangan ibu. Cara penggunaan yang disarankan seperti berikut:
Jika menggunakan pam susu tunggal
- Pam payudara kanan selama 10 minit kemudian tukar pam payudara sebelah kiri pula selama 10 minit.
- Tukar semula ke payudara kanan 10 minit dan ulang semula untuk kedua – dua payudara selama 1 jam.
Jika menggunakan dwi pam (double breastpump):
- Pam kedua – dua belah payudara secara serentak selama 10 minit. Kemudian berhenti mengepam selama 10 minit dan sambung semula pam kedua – dua belah payudara selama 10 minit dan rehat semula 10 minit.
- Teruskan sehingga 1 jam
Seeloknya – eloknya disarankan pam susu pada waktu malam menjelang ke subuh. Ini kerana pada waktu ini hormon untuk penghasilan susu adalah tinggi. Untuk mendapatkan kesan peningkatan susu yang baik, bolehlah diamalkan lebih daripada 7 hari.
Alhamdulilah berkat kesabaran dan usaha , lama kelamaan susu badan saya bertambah banyak. Berat anak saya pun naik sehingga boleh nampak chubby pipi dan pehanya walaupun sepenuhnya minum susu ibu.
Berjuang selagi mampu
Semasa di NICU, saya pernah berjumpa dua orang ibu muda yang enggan menyusukan anak disebabkan susu badan yang kurang dan akhirnya anaknya kerap menangis kerana dahagakan susu. Lantas saya memberikan sokongan untuk sentiasa berfikiran positif dan yakin mereka juga mampu menyusukan anak.
Kepada para ibu, sesungguhnya Allah swt telah mengurniakan nikmat susu ibu untuk diberikan secara esklusif selama 2 tahun. Oleh itu, jangan mudah berputus asa dengan ujian kecil ini. Jika kita berusaha pasti akan mendapat hasilnya.
Umi Tiqah
Pejuang kecil
[…] berak kenalah para ibu kerapkan penyusuan kepada anak. Untuk cara banyakkan susu badan boleh baca entry […]
[…] memang disarankan kepada bakal ibu terutama ibu yang pertama kali untuk bersedia lebih awal dengan ilmu penyusuan dan set turun kuning ni. In syaa Allah kita mampu menguruskan bayi kuning dengan emosi yang lebih […]