cara tingkatkan daya tahan anak

SIAPA TAK SUKA ANAK ADA DAYA TAHAN YANG TINGGI
.
Macam iklan kanak – kanak pakai baju pahlawan dengan perisai. Habis semua bakteria jahat dia tendang.. Hahahaha ha itu iklan promosi susu.
.
Tapi yang ini Umi nak promosi macam mana nak membentuk daya tahan dalam diri anak. Orang kampung Umi kata resilience.

INI 5 STRATEGI YANG IBU BAPA PERLU SUSUN

Pertama, bina hubungan yang menunjukkan kita sentiasa menyokong mereka dan tidak membiarkan mereka bersendirian.

Kedua, bila ada kesempatan tunjukkan kepada mereka ramai sebenarnya penyokong/fan yang sentiasa bersama mereka dalam kehidupan ini. Contohnya:

“Umi beritahu dekat nenek betapa beraninya kamu dan nenek sangat berbangga dengan kamu

Seterusnya, beritahu mereka “It’s ok to ask for help”. Kadang – kadang kanak – kanak fikir menjadi berani ialah mereka melakukan sesuatu perkara secara bersendirian. Tapi ajarkanlah mereka “Menjadi berani dan kuat yang sebenarnya ialah kamu tahu bila masa yang sesuai untuk meminta tolong”

Yang ke empat, latih kekuatan otak untuk ada daya tahan terhadap stress. Semestinya dengan aktiviti yang menyeronokkan seperti menendang bola, berpusing dengan hula hop atau bermain detektif.

Akhir sekali, bentuk perasaan ‘saya mampu lakukan’ supaya mereka akan sentiasa ingat bahawa mereka boleh melakukan perkara yang mereka anggap sukar. Sebutkan kepada mereka ketika anak – anak kita membuktikan kekuatan, keberanian atau usaha mereka ketika melakukan perkara sukar tersebut atau ketika mereka membuat keputusan.

Inilah persediaan untuk anak-anak kita hadapi cabaran kehidupan mereka pada masa akan datang yang semestinya semakin hari semakin luar biasa. Semoga anak – anak kita menjadi orang yang hebat pada masa akan datang.

Berjuang untuk kepemimpinan anak – anak masa depan
Atiqah Azis

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
Your Cart