Itu sesuatu yang normal di awal trimester pertama.

Ada yang mengalaminya sepanjang 9 bulan tempoh kehamilan. Namun, tidak dinafikan alahan atau ‘morning sickness’ merupakan cabaran besar yang perlu dialami ibu mengandung.

Cuba bayangkan..

Dengan tekak yang begitu meloyakan. Kerap muntah dan menyebabkan perut masuk angin kerana tidak lalu makan dan akhirnya anda hanya mampu terbaring di atas katil.

Dan jaga – jaga.. Ada sesetengah ibu hamil mula merasa negatif kerana kehidupan yang tidak seperti sebelum ini dan mereka tidak mampu melakukan rutin yang selalu dibuat.

Beruntunglah jika anda sebagai ibu hamil tidak melalui kondisi ini sepanjang tempoh kehamilan. Namun jika ya, jangan mudah mengalah dan uruskan ‘alahan buatan orang’ ini dengan minda yang lebih bersedia dan positif.

Anda mampu melakukannya!

Ada sesetengah pakar mengatakan, alahan kehamilan merupakan petanda bayi anda sedang membesar dan berkembang mengikut aturan yang Allah telah tetapkan. Sibukkan diri anda selalu untuk mengurangkan fokus terhadap alahan anda.

Cara untuk menghadapi morning sickness ( alahan semasa mengandung):

  1. Makan sedikit tetapi kerap
  2. Makan makanan yang mudah dihadam, kaya protein dan vitamin B seperti yogurt
  3. Buat catatan bila masa alahan anda menjadi teruk atau berkurangan supaya anda boleh bersedia untuk makan semasa alahan anda tidak teruk
  4. Dapatkan rehat yang secukupnya
  5. Hidu bau lemon atau minum teh halia (tetapi jangan sampai berlebihan, sekadarnya untuk melegakan perut)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
Your Cart