Petang nanti ada plan untuk bawa anak kecil bersiar – siar?

Jangan sia – siakan momen tersebut hanya sekadar bermain semata – mata.

Kembangkan kecergasan interpersonal anak kecil kita seawal usia 2 tahun. Kecergasan interpersonal adalah berkait dengan rapat dengan emosi. Kecerdasan ini adalah berkaitan dengan kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Seterusnya, kecerdasan ini juga adalah kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal seperti menggalakan murid-murid terlibat dalam sesuatu aktiviti.

Menurut Howard Gardner (1993), kecerdasan interpersonal membantu kita bersosial dengan orang lain. Sebagai contoh, melibatkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam program-program motivasi yang pengisiannya mempunyai slot yang memerlukan kerjasama berkumpulan. Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan hubungan sosial murid tersebut. Menurut Gardner (1993), kecerdasan interpersonal membantu kita bersosial dengan orang lain. Seseorang yang dikatakan mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi mampu menjadi pemimpin dan memberi nasihat dengan baik.

Bagaimana tu?

Sambil berjalan – jalan mengelilingi tasik atau pusat beli belah, boleh lakukan 3 perkara ini:

  1. Biasakan anak – anak yang mengucapkan terima kasih apabila cashier menghulurkan duit baki atau si penjual ais krim memberikan ais krim yang dibeli.
  2. Galakkan anak untuk mengutarakan pendapat mereka tentang pelbagai perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Contohnya tanyakan soalan, macam mana perasaan kawan adik tu dapat barang yang dia sukai?
  3. Berikan dia sekeping not kertas untuk dia dermakan kepada peminta sedekah di tepi jalan.

Mudah sahaja tetapi ibu bapa perlu peka dahulu untuk merancang aktiviti ini dan lihatlah hasilnya nanti.

Pasti terukir senyuman di bibir anda apabila si anak spontan mengucapkan terima kasih setiap kali mengikut anda membuat bayaran di kaunter bayaran❤️.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
Your Cart