keibuan

Fahami Punca Berlaku Jaundis Dalam Kalangan Bayi dan Cara Merawat

punca jaundis

Bayi kuning atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai jaundis adalah keadaan di mana kulit dan mata bayi kelihatan kuning serta menjadi kebimbangan kepada ibu bapa.

Penyakit kuning ini biasanya lebih mudah berlaku dalam kalangan bayi yang lahir pramatang iaitu sebanyak 80 peratus dan 60 peratus berlaku kepada bayi yang lahir matang.

Jaundis sebenarnya adalah perkara biasa bagi bayi baru lahir.Untuk pengetahuan anda, lebih daripada 50% bayi baru lahir mengalami demam kuning atau jaundis dalam masa beberapa hari selepas kelahiran.

Jenis – jenis jaundis

Menurut Pensyarah dan Pakar Genetik, Jabatan Pediatrik, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Surini Yusoff, penyakit bayi kuning terbahagi kepada dua jenis iaitu ‘physiologic jaundice’ dan ‘pathologic jaundice’.

Physiologic jaundice adalah keadaan bayi yang kelihatan kuning, biasanya berlaku ke atas bayi berumur tiga hari dan akan berakhir dalam hari yang ke tujuh selepas dilahirkan dan ia tidak membahayakan serta akan sembuh tanpa memerlukan rawatan.

Pathologic jaundice pula adalah keadaan kuning pada kulit bayi yang dapat dilihat seawal hari pertama dilahirkan dan keadaan ini lebih merbahaya serta memerlukan rawatan segera”, ujar beliau. Umi ada pengalaman tentang jaundis jenis ini yang umi kongsikan di entry ini.

Tambah Dr Surini lagi, penyakit kuning biasanya berlaku apabila organ dalaman bayi seperti hati belum cukup matang dan tidak dapat berfungsi dengan sempurna selepas dilahirkan.

“Di dalam hati bayi terdapat sejenis bahan yang dinamakan bilirubin yang berwarna kuning, terbentuk daripada pemecahan sel-sel darah merah di dalam badan dan apabila semakin banyak sel darah merah pecah molekul bilirubin akan bertambah.

Antara simptom jaundis yang perlu dilihat adalah:

  • Kulit bayi kelihatan kuning terutama di kawasan paha atau kaki.
  • Bayi tidak aktif, kurang menyusu atau kurang kencing (kurang enam kali sehari)
  • Bayi asyik merengek, menangis dengan suara nyaring
  • Najis bayi kelihatan kelabu pucat (najis bayi biasanya berwarna kuning)
  • Bayi yang mendapat jaundis berterusan melebihi dua minggu perlu mendapat pemeriksaan segera kerana bayi mungkin mempunyai masalah berkaitan hati, kekurangan hormon tiroid (boleh menyebabkan kecacatan otak jika lewat dirawat) atau jangkitan kuman.

Bagaimana jaundis dalam bayi berlaku

Bilirubin adalah kompaun yang terhasil daripada penguraian sel darah merah yang telah mati. Hemoglobin di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen tersebut akan diuraikan menjadi kompaun bernama ‘heme.’ Heme pula akan diuraikan hingga menjadi bilirubin dan kompaun inilah yang menyebabkan bayi yang kuning

Ketika di dalam kandungan, bayi tidak boleh bernafas. Oleh itu, bayi akan mendapatkan bekalan oksigen daripada pertukaran gas yang berlaku di plasenta(Uri). Bukan itu sahaja, bahan kumuh bayi seperti bilirubin yang menyebabkan masalah kuning pun akan disingkirkan daripada placenta kepada ibu.

Disebabkan keadaan bayi yang kekurangan oksigen, bayi akan menghasilkan sel darah merah yang lebih banyak berbanding ibu. Ia bertujuan untuk menarik gas oksigen dengan lebih efektif supaya kandungan oksigen dalam badan bayi adalah normal. Sebab itu bayi yang baru lahir mempunyai bacaan bilangan sel darah merah dan bacaan hemoglobin yang tinggi.

Tetapi apabila bayi telah lahir, bayi mampu bernafas sendiri dan keadaan hemoglobin yang tinggi tidak lagi diperlukan. Sel darah merah ini akan dihapuskan di dalam hati dan limpa(spleen).

Disebabkan bilirubin yang bersifat hydrophobic iaitu takut kepada air tetapi ia senang larut dalam lemak, ia menyebabkan kompaun ini mudah untuk merentasi dinding sel yang juga terdiri daripada lemak dan berkumpul dibawah kulit. Perkara inilah yang menyebabkan kulit berubah kepada warna kuning.

Punca Jaundis bayi

Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah kuning bayi berlaku. Punca yang selalu berlaku pada bayi adalah:

  • Jaundis fisiologi: Kebanyakan bayi mengalami jaundis jenis ini. Ia disebabkan hati bayi belum lagi matang untung menguraikan kompaun bilirubin. Selalunya ia berlaku pada hari ke 2 hingga hari ke 4
  • Penyusuan: Penyusuan boleh menyebabkan bayi kekuningan teruramnya ketika bayi tidak mendapat susu yang secukupnya. Bayi kuning jenis ini selalunya akan hilang apabila susu tersebut mencukupi
  • Susu ibu: Ada beberapa kompaun di dalam susu yang menyebabkan seseorang bayi lebih mudah mengalami kekuningan. Tetapi kekuningan jenis ini selalunya tidak terlampau tinggi dan akan baik dengan sendirinya.

Terdapat beberapa punca kekuningan yang memerlukan rawatan dan berlaku dengan lebih awal. Punca tersebut adalah:Advertisements

  • Ketidaksesuaian jenis darah ibu dan anak(Blood incompatibility jaundice): Ia disebabkan darah ibu jenis O dan darah anak pula jenis selain daripada O.
  • Kekuningan disebabkan bayi pramatang: Bayi pramatang akan lebih mudah mengalami kekuningan disebabkan organ hati yang tidak matang
  • Jangkitan: Sesetengah jangkitan bakterai boleh menyebabkan bayi menjadi kuning.
  • Pendarahan: Pendarahan bahagian dalam badan boleh menyebabkan kekuningan. Pendarahan yang selalu berlaku ketika melahirkan bayi adalah pendarahan pada bahagian kepala terutamanya bayi yang dilahirkan dengan menggunakan vakum ataupun forsep.

Cara Rawatan

Jaundis mudah dirawat, tetapi jika tahap jaundis tinggi boleh membawa komplikasi buruk seperti gangguan otak, masalah pembelajaran dan membahayakan nyawa bayi itu sendiri.

Jika seorang bayi mempunyai kekuningan, paras bilirubin akan dipantau di klinik kesihatan mahupun klinik swasta yang menawarkan pengambilan darah untuk periksa serum bilirubin. Jika didapati paras bilirubin lebih daripada yang sepatutnya, bayi tersebut akan diminta untuk dimasukkan ke dalam hospital untuk menerima rawatan phototherapy

Jika parasnya masih tidak memerlukan photherapy, paras bilirubin akan dipantau sehingga ia benar-benar turun ke bacaan yang normal. Tetapi jika bayi tersebut masih lagi kekuningan selepas 14  hari, pesakit akan diminta untuk pergi ke hospital bagi pemeriksaan lanjutan.Advertisements

Bayi yang masih kuning  selepas 14 hari dikategorikan mempunyai kekuningan yang berpanjangan(prolonged jaundice). Penyiasatan lanjutan perlu dibuat untuk mengenal pasti punca jaundis yang berpanjang. Tetapi ibubapa tidak perlu risau sangat, ini kerana majoriti daripada kes kuning yang berpanjangan melibatkan bayi yang normal.

Penyiasatan dilakukan untuk mengenal pasti punca-punca yang merbahaya seperti biliary atresia, hepatitis dan sebagainya.

  • Phototerapi

Rawatan yang selalu dilakukan adalah menggunakan phototherapy iaitu meletakkannya di bawah lampu rawatan. Phototherapy merupakan salah satu rawatan kekuningan yang telah lama digunakan di dalam perubatan moden.

Lampu tersebut akan mengeluarkan cahaya yang akan mengubah kompaun bilirubin kepada bentuk lain yang menyebabkan ia larut dalam air. Ketika mana ia larut di dalam air, ia akan menyebabkan kompaun bilirubin tersebut susah untuk merentasi lapisan otak dan senang untuk disingkir daripada buah pinggang.

Apabila bayi yang kuning diletakkan dibawah mesin phototherapy, kebarangkalian untuk mendapat komplikasi disebabkan kekuningan yang tinggi adalah sangat rendah

  • Blood exchange transfusion (penukaran darah)

Apabila bacaan kekuningan terlampau tinggi, penukaran darah(blood exchange transfusion) perlu dilakukan. Iaitu kita menukarkan darah bayi yang mempunyai kompaun bilirubin yang tinggi dengan darah orang lain yang mempunyai kompaun bilirubin yang rendah. Ini akan menyebabkan bacaan kekuningan bagi kuning bayi turun dengan drastik.

  • Pemberian susu ibu

Pemberian susu ibu perlulah diberi secara kerap kepada bayi untuk mengelakkan kuning bayi daripada kekurangan air dalam badan. Ini kerana kekurangan air, boleh menyebabkan paras bilirubin bayi meningkat.

Walaupun ada beberapa kajian yang menunjukkan susu bayi boleh menyebabkan kekuningan, kelebihan pemberian susu bayi adalah melebihi kerisauan kita pada perkara tersebut.

Ini kerana susu bayi mempunyai perlbagai manfaat seperti membekalkan nutrien yang secukupnya pada bayi, mengelakkan bayi daripada kebanyakkan jangkitan kuman, memberi pertumbuhan bakteria baik dalam usus dan banyak lagi.

  • Ubat dan herba

Tiada lagi kajian yang menunjukkan sebarang ubat dan herba mampu menurunkan kekuningan pada bayi. Jika anda menjumpai mereka yang menjual ubat tersebut, anda perlulah meminta nombor kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Jika tiada tidak perlu anda membelinya. Tidak disarankan untuk memasukkan sesuatu makanan atau minuman kepada mulut bayi selain susu ibu atau susu bayi yang sesuai kerana ia akan memberikan kesan kepada usus bayi dan mendatangkan mudarat kepada bayi.

  • Penggunaan sapuan luar minyak pati (essential oil)

Rawatan alternatif ini semakin popular kerana tidak menggunakan bahan yang berbahaya kepada bayi dan semulajadi. Walaubagaimanapun, penggunaan minyak pati perlu dicairkan (dilute) untuk disesuaikan dengan kulit bayi yang sensitif. Set turun kuning daripada Tasneem Naturel telah mendapat pengesahan KKM dan terbukti membantu menurunkan kuning bayi mengikut sistem badan bayi di mana minyak pati seperti halia, serai dan bunga lawang membantu proses penghadaman berlaku dengan lebih berkesan dan bayi kerap membuang untuk menyahkan bilirubin. Penggunaan minyak pati geranium pula membantu hati untuk bertindak lebih efisien memproses bilirubin untuk mudah disingkirkan daripada badan bayi.

  • Jemur di bawah cahaya matahari

Sudah menjadi saranan orang terdahulu untuk menjemur bayi dibawah cahaya matahari untuk mengurangkan kuning bayi. Betul, cahaya matahari juga boleh menukarkan kompaun bilirubin bayi menjadi kompoun yang larut air dan boleh disingkirkan daripada badan.

Tetapi komplikasi seperti bayi kekeringan disebabkan cahaya matahari pun boleh berlaku. Jika air di dalam badan bayi berkurangan, ia akan menyebabkan kompaun bilirubin semakin meningkat dan membuatkan keadaan menjadi lebih teruk.

Bayi yang mempunyai paras bilirubin yang tinggi selalunya akan mendapat pemerhatian susulan. Setiap beberapa bulan, bayi perlu dibawa berjumpa dengan doktor pakar kanak-kanak untuk melihat perkembangan mental dan fizikal bayi

You may also like...

1 Comment

  1. […] Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah. Jaundis pada bayi adalah jaundis yang berlaku dalam masa sebulan selepas bayi lahir (baca sini). […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
Your Cart